Seo Services

Pekeliling baru 2017

Assalamualaikum

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan tujuh Pekeliling Perkhidmatan dan satu Surat Pekeliling Perkhidmatan yang baharu berkuat kuasa mulai 1 Januari 2018 untuk makluman dan rujukan. Pekeliling-pekeliling yang berkaitan ialah seperti berikut :

i.              *Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2017*
Kemudahan Cuti Umrah
-       Maksimum 7 hari Cuti Tanpa Rekod sekali sepanjang tempoh perkhidmatan

ii.            *Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2017*
Penambahbaikan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) di Agensi Kerajaan Persekutuan
-       WP4 : 9.00 pagi hingga 6.00 petang, pulang 30 minit lebih awal pada bulan Ramadan

iii.           *Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2017*
Kemudahan Cuti Bersalin Pegawai Perkhidmatan Awam
-       Kelayakan Cuti Bersalin Bergaji Penuh ditambah daripada 300 hari kepada 360 hari

iv.           *Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2017*
Bayaran Khas Tahun 2017
-       Bayaran RM1000.00 pada 8 Januari 2018

v.            *Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 2017*
Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018
-       Bayaran RM500.00 pada 7 Jun 2018

vi.           *Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 2017*
Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana
-       Pegawai yang berada 13 tahun atau lebih di lapisan pertama gred kenaikan pangkat boleh dinaikkan pangkat secara KUP ke lapisan kedua gred kenaikan pangkat berdasarkan TBBK

vii.          *Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2017*
Pelaksanaan Kebenaran Pulang Awal Satu Jam Kepada Pegawai Wanita Mengandung
-       Pegawai wanita mengandung 5 bulan dan ke atas & pasangan (penjawat awam), tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan masing-masing

viii.        *Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2017*
Kebenaran Gantian Cuti Rehat (GCR) Melebihi 150 Hari Digunakan Sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan
-       Hanya GCR yang melebihi 150 hari boleh digunakan sebagai cuti rehat dan boleh digunakan secara sekaligus ataupun berperingkat dalam tempoh 12 bulan sebelum tarikh bersara tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan

-Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)


Pekeliling baru 2017 Pekeliling baru 2017 Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Januari 16, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.