Seo Services

Bagaimana menangani anak kerap menangis?

" Puan, saya dah cuba cerai buai pada anak tapi dia mengamuk dekat sejam "

" Saya cuba bagitau anak setiap kali nak beredar. Tapi anak menangis sampai hilang suara bila tengok saya masuk tandas "

" Anak menangis sampai terbatuk-batuk nak termuntah sebab tak mahu duduk di car seat nya "

" Saya risau anak trauma lepas dia nangis teruk hari tu masa saya tak bagi lagi dia mengempeng untuk tidur "

***************

Semua ini dan banyak lagi contoh lain adalah drama biasa alam keibubapaan kan? . Jujurnya, saya tak gemar mendapat soalan sebegini kerana meyakinkan ibubapa untuk merasa selesa hadapi tangisan anak bukan tugas mudah. Saya lebih rela di suakan 2,3 orang bayi mengamuk untuk ditenteramkan dari meyakinkan ibubapa tentang hal ini.

Merasa selesa menghadapi tangisan bayi bermaksud anda faham bila anak perlu segera ditenteramkan dan dalam masa yang sama anda tiada masalah membiarkan anak menangis pada masa ia diperlukan.

Ya benar ,semua ibubapa pasti merasa susah hati dan stress bila melihat anak menangis. Lalu ibu bertanya adakah anak juga stress ketika menangis? Adakah anak akan trauma? Dan bolehkah tangisan merosakkan otak anak?

Jawapan 'straight forward' nya: anak TIDAK stress secara negatif, TIDAK trauma dan TIDAK rosak otaknya. Stress dan tangisan adalah perkara yang MUSTAHIL dapat dielakkan walau dalam sebuah keluarga yang penuh kasih sayang sekalipun. SAMADA CORAK KEIBUBAPAAN ANDA LEBIH LEMBUT ATAU LEBIH TEGAS, ANAK MENANGIS ITU PASTI TERJADI. Bezanya, menangis sedikit atau banyak,lama atau sekejap sahaja. Namun yang pasti, TIADA orang mati sebab menangis. Ye ada orang yang mati akibat patah hati tetapi menangis dan patah hati adalah dua perkara yang berbeza.

Sindrom patah hati adalah kegagalan jantung secara tiba-tiba hasil trauma emosi. Ia terjadi bila lambakan hormon mengatasi kemampuan otot jantung untuk mengepam. Ini adalah situasi yang amat jarang terjadi, ekslusif kepada warga tua terutama wanita menapouse dan selalunya tidak membawa maut.

Manakala kerosakan otak dan kemusnahan emosi akibat stress , kesedihan melampau dan trauma dikalangan kanak-kanak pula hanya di lihat pada anak-anak yang menghadapi tempoh penderaan dan pengabaian kronik untuk suatu tempoh yang begitu panjang.

Maka, sebarang proses pembelajaran baru dan pembetulan kepada anak, tidak langsung hampir kepada membuat anak sengsara walau betapa sukar ianya kelihatan.
Sebagai contoh, katakan anda sedang dalam proses melatih anak mencerai buaian untuk tidur, dimana ia menyaksikan anak menangis dan mengamuk selama 2 jam secara total, dimana asasnya hal ini boleh menjadi trauma bila anda adalah ibubapa yang penuh dengan pengertian dan kasih sayang untuk 22 jam yang lainnya? .

Ok, saya faham walau matematik saya tadi kedengaran masuk akal, namun mungkin ada sebahagian ibubapa yang masih rasa sukar berdepan dengan tangisan dan amukan anak. Saya berharap fakta tangisan berikut dapat membantu memudahkan ibubapa melalui situasi ini:

👶 Ketika emosi memuncak, hormon stress iaitu Cortisol dilepaskan oleh otak. Ia membuat badan masuk ke mode 'fight' (lawan) atau 'flight' (terbang). Lalu kita menjadi sangat sedar (hyper aware) dengan apa yang berlaku di sekeliling. Ingat lagi bagaimana malunya anda bila menangis akibat terbuang air di dalam kelas darjah 1 dahulu? . Ini menerangkan mengapa anak melebih-lebih menangis, memprotes atau mengamuk kerana dia 'hyper aware' dengan apa yang cuba anda lakukan.

👶 Cortisol juga memperlahankan pernafasan. Lalu mencipta tekanan dalam tekak yang membuat anak merasa penuh atau berat ditekaknya dan seperti mahu tercekik ketika menangis. Ia sebenarnya satu sensasi sahaja yang di sebut 'Globus Sensation' dan bukan benar-benar wujud.

👶 Lambakan air mata yang terlebih banyak boleh memasuki laluan nasal dan menyebabkan air mata masuk ke hidung. Lalu anak kelihatan seperti tersumbat hidung ketika menangis dan sedikit menganggu pernafasan.

👶 Menangis adalah proses penyingkiran toksin. Tangisan beremosi akan melepaskan Leucine Enkephalin, iaitu sejenis hormon yang mengurangkan kesakitan dan memperbaiki mood. Ia adalah agen detox paling penting kerana ia mengurangkan stress secara serta-merta.

Paling penting, ibubapa harus sedar bahawa tangisan hanyalah luahan 101 emosi. Ia tak mesti selalu bermaksud anak sedang dalam kesakitan dan perlu segera dibantu. Perasaan bukan sesuatu yang buruk atau bagus. Perasaan adalah perasaan. Ia wujud dan harus diakui. Maka ibubapa harus bantu anak untuk mengakui semua rasa yang dia alami: geram, menentang, sedih, kecewa, gembira dan sebagainya lalu bantu anak untuk hadapinya dari situ.

Langkah pertama yang ibubapa boleh buat ialah 'menyokong' tangisan atau amukan itu dengan cara membenarkan anak meluahkannya dan bukan menghalang ia terjadi (walau ibubapa bakal serabut berdepan anak yang menangis). Kajian oleh Journal Current Directions in Psychology ke atas 3000 orang individu mendapati, perasaan lega atau rasa lebih bagus selepas menangis (disebut feel good cry) itu adalah benar bila seseorang individu menangis di kalangan orang yang menyokongnya dan dalam persekitaran yang dia selesa berbanding bila seseorang itu menangis di tempat asing, dalam situasi tak selamat dan dalam keadaan yang memalukan.

Dari situ, bantu anak untuk menguruskan perasaannya. Sebagai contoh, kata dengan tegas tapi penuh pengertian pada anak : " Mama tau adik sedih tak dapat puting. No more puting malam ni. Mama baring dengan adik kita tidur sama-sama ". Atau jika anak belum faham banyak ayat, tunjuk saja isyarat tidak boleh buaian atau tidak boleh mengempeng misalnya. Boleh guna 1 atau 2 perkataan mudah bersama isyarat seperti tunjuk ke arah payudara ibu sampai gerakan jari tanda 'NO/TIDAK' dan sebut ," Sakit " (mewakili contoh situasi bila anak ada tabiat gemar mengigit puting ibu ).

Jika anak masih menangis kerana tidak gemar perubahan baru ini dan cuba memprotes, peluk, usap dan ucap kata-kata sayang tanpa tunduk pada kemahuan anak. Ini lah yang dipanggil 'menyokong' tangisan anak. Tak kira berapa lama (beberapa minit atau jam atau hari) dan teruk ia kelihatan, ibu kekal dengan respon sebegini. Ya, anak akan membawa amukan atau tangisannya ke kemuncak. Ia dipanggil fasa ' Extinction Burst' .

Fasa ini PERLU terjadi kerana hanya selepas fasa ini lah baru episod amukan dan tangisan akan berkurang dan lenyap. Ia atas prinsip psikologi :  keadaan akan memburuk sebelum menjadi lebih baik. Prinsip ini berdasarkan proses hemostasis yang banyak terjadi dalam kehidupan manusia iaitu penggembalian semula emosi manusia ke aras asal untuk membolehkan manusia kekal berfungsi.  Menangis membantu badan manusia kembali ke hemostasis setelah dilanda gelombang emosi dari pengalaman tak kira samada positif atau negatif.

Saya berharap artikel ini akan membantu ibubapa menjadi lebih rasional dalam menghadapi kerenah tangisan anak. Menangis bukan semata-mata untuk proses penyingkiran toksin sahaja. Ia juga isyarat untuk memberitahu manusia lain bahawa seseorang itu dalam kesakitan dan perlu pertolongan. Tapi jangan lupa, menangis juga untuk menarik simpati dan membuat individu lain mengalah (back off). Maka, respon anda sebagai ibubapa dalam hal ini amat besar kesannya kepada perkembangan anak-anak.

USWATUN HASANAH BT MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN BAYI PERTAMA MALAYSIA
AHLI DOKTORBUDAK.COM
Bagaimana menangani anak kerap menangis? Bagaimana menangani anak kerap menangis? Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Ogos 18, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.