Selasa, Ogos 22, 2017

Tips bebas hutang

Assalamualaikum

5 TIPS BEBAS HUTANG TANPA PERLU GALI LUBANG TUTUP LUBANG

Ramai yang menghadapi masalah bebanan hutang termasuk saya sendiri suatu ketika dulu.

Semoga 5 tips ini dapat membantu sahabat semua.

1. Suka atau tidak, 'ikat perut'. SEKAT KEMAHUAN dan utamakan keperluan. Berduit walau sedikit, bayar hutang.

2. TAMBAH DUIT sediada. Buat bisnes dropship, kerja part time, jual kuih dan roti, dapat duit, bayar lagi hutang.

3. Lelong / jual 'PRELOVE' barang-barang di rumah yang tidak diperlukan lagi di FB. Dapat duit, bayar lagi hutang.

3. Re-DOWNGRADE. Jika sekarang pakai VellFire, tukar pakai VanFire. Duit bulanan Vellfire tersebut, bayar lagi hutang.

4. BERHENTI tambah hutang. Kad kredit matikan. Telefon gunakan topup dan TV gunakan aerial bukan astro. Ada duit lebih, bayar lagi hutang.

5. Buat BUKU AKAUN. Masuk gaji, agihkan siap-siap. Berapa untuk survive, berapa untuk hutang dan berapa untuk simpanan. Kemudian, terus bayar hutang.

Tidak mungkin hutang boleh terbayar tanpa kita sendiri BERTINDAK membayarkannya.

#SharingIsCaring
#copyPaste

Isnin, Ogos 21, 2017

20 asas adab WAJIB diajar kepada anak

Assalamualaikum

Ibu Bapa Yang Bijak Mesti Ajar Anak 20 Adab Penting Ini

Jika anda ingin si manja membesar sebagai anak yang mempunyak adab dan akhlak baik, mulakannya dari sekarang.

1. Apabila ingn meminta pertolongan, dahulukan dengan perkataan "tolong."

2. Apabila menerima sesuatu, jangan lupa mengucapkan "terima kasih."

3. Ajar si manja supaya memberi respons selepas ibu bapa selesai bercakp tentang sesuatu perkara dengannya.

4. Segera menyahut panggilan "saya, ibu/ayah", jika nama dipanggil.

5. Didik anak mudah mengucapkan kata "maaf ibu/ayah", jika mereka melakukan kesalahan.

6. Jangan biasakan diri memberi komen tentang fizikal orang lain kecuali komen itu boleh dikategorikan sebagai pujian kepada orang tersebut.

7. Bila berkunjung ke rumah orang, jangan lupa ucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan kepada tuan rumah.

8. Ketuk pintu yang tertutup. Tunggu dan lihat respons sebelum masuk.

 9. Jangan sesekali menggunakan kata-kata kesat dalam perbualan. Setiap perkataan mudah diserap dalam minda anak-anak.

10. Jangan panggil orang lain dengan gelaran yang tidak baik.

11. Jangan mempersendakan orang lain tanpa sebarang sebab.

12. Jangan mudah menunjukkan rasa bosan di hadapan anak-anak. Lebih-lebih lagi sewaktu melakukan aktiviti positif. Tingkah laku ini akan meninggalkan kesan negatif kepada anak-anak kecil.

13. Tutup mulut setiap kali batuk atau bersin. Jangan sesekali mengorek hidung di khalayak ramai.

14. Apabila membuka dan melalui sesebuah pintu, pegang sementara pintu tersebut sambil memberi laluan kepada orang yang berada di belakang anda. Secara tidak langsung, anda menunjukkkan sikap menghormati orang lain kepada si manja.

15. Apabila seseorang meminta bantuan, hulurkanlah pertolongan tanpa membebel atau merungut.

16. Apabila menerima bantuan, jangan lupa ucapkan "terima kasih". Tegaskan kepada anak bahawa ucapan terima kasih boleh menjadikan orang lain suka dan sedia menolong kita pada masa akan datang.

17. Ajar si manja untuk mengemas dan membasuh perkakasan makanan yang sudah digunakan supaya dia tahu adab tersebut apabila di rumah orang.

18. Sentiasa membawa tisu atau sapu tangan bersama. Ia boleh digunakan untuk menutup mulut apabila batuk atau bersin, mengelap tangan dan menyapu kekotaran apabila diperlukan.

19. Latih anak untuk hanya berkongsi 'pandangan negatif' tentang sesuatu hal dengan individu rapat sahaja iaitu papa dan mama.

20. Ajar si manja untuk bertanya sekiranya ada perasaan ragu-ragu untuk melakukan sesuatu perkara.

Mempunyai anak yang bijak sahaja tidak cukup kerana apa yang lebih penting adalah anak yang bersopan dan berakhlak. Bijak itu boleh dibentuk kemudian!

kredit : majalahpama.my


Ahad, Ogos 20, 2017

Pengakuan pengguna MINYAK HERBA ASMAK

Assalamualaikum

Sudah lama saya tak menikmati tidur yang lena. Kerana anak saya sering batuk. Adakalanya berkahak. Apabila batuk, saya akan trauma. Sebab selalunya akan datang berpakej, batuk, demam dan selsema.  Dan sakitnya berlarutan lama. Lama sampai berminggu. Boleh cecah berbulan. Batuknya bukan batuk biasa. Saya pernah berjaga sepanjang malam hanya semata-mata risaukan keadaan batuknya. Batuk hingga ke pagi.

Fikiran saya buntu bila memikirkan bagaimana cara untuk membantu anak. Bukan sekali dua pergi klinik. Bukan tak pernah berkampung dalam wad hospital. Berkali-kali sedut gas nebulizer. Pernah juga buat suction sedut kahak dengan fisioterapi. Dah banyak ubat yang dilemparkan ke tong sampah. Kami dah lali dengan ini semua. Dah banyak duit hangus sia-sia. Lebih merisaukan saya apabila anak saya merupakan penghidap penyakit kronik.

Anak saya umurnya 3 tahun, Hana Humaira. Beliau merupakan anak syurga saya, anak yang istimewa. Cukup istimewa apabila dilahirkan dengan empat kecacatan pada jantung (tetralogy of fallots).  Lebih istimewa apabila salur darahnya tersumbat (portal vein thrombosis). Garisan parut tegak di dadanya kerana pembedahan jantung, juga punyai parut garisan melengkung di tengah perut kerana pembedahan perut.

Keadaan tubuhnya yang fragile ini menyebabkan saya cukup berhati-hati dan cakna dengan setiap yang berlaku. Batuk yang kerap boleh memberi tekanan tinggi pada tubuhnya. Humaira akan sakit, dia akan letih. Nafasnya berbunyi. Rusuk berlekuk. Pernah batuknya menyebabkan buasir. Kini batuknya menyebabkan muncul inguinal hernia. Doktor sudah beri tarikh untuk rawatan pakar. Bakal menanti saat pembedahan ketiga.

Perjalanan yang hebat ini telah menyebabkan saya sentiasa berusaha dan berikhtiar untuk mengelakkan Humaira daripada batuk. Saya mencuba apa sahaja. Hinggalah saya bertemu dengan #minyakherbaasmak. Saya hubungi ejen Syarifah Syed Ibrahim. Saya katakan padanya bahawa saya mahu minyak herba asmak segera. Hari tu juga Puan Syarifah pos kepada saya. Terima kasih atas servis pantas ini. Saya terus sapu minyak herba asmak ke tubuh humaira.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Batuknya berkurangan. Tidak lagi bernafas laju. Hilang sudah nafas berbunyi. Lenyap terus rusuk berlekuk. Dan yang paling penting, Humaira dapat tidur yang lebih lena. Saya pun boleh tumpang sama. Hati ibu mana yang senang bila melihat anak sakit. Jiwa ibu mana yang tenang bila melihat anak batuk.

Sungguh. Walau sakit Humaira belum sembuh secara total, namun sedikit sebanyak kehadiran minyak herba asmak ini banyak membantu. Saya yakin dengan ketentuan Allah. Saya berpegang dengan janji Tuhan. Setiap penyakit ada penawarnya.

Dengan izin Allah, Humaira pasti sembuh. Dialah nama yang sering disebut. Demi nama yang sentiasa wujud dalam setiap sujud. Demi nama yang pasti hidup dalam tahajud. Dialah ladang pahala kami. Dialah pemilik nama yang mendekatkan kami dengan Tuhan. Dialah asbab usaha dan ikhtiar yang takkan putus. Semoga hasil perkongsian ini dapat membantu lebih ramai lagi insan yang memerlukan kesihatan yang diidamkan.

Terima kasih Minyak Herba Asmak.
Kredit: Nurjuwaini Aziz

Berminat untuk mencuba #MinyakHerbaAsmak?
Hubungi  Basariah Stokis Daerah Asmak www.wasap.my/60135819100

AGEN & STOKIS DIPERLUKAN SELURUH MALAYSIA.


Sabtu, Ogos 19, 2017

Losyen Bayi Asmak

Assalamualaikum

Losyen baby @ Asmak Baby Care
******************************

Diantara produk di dalam Set Penjagaan Bayi Asmak ialah Losen bayi yang bebas PARABEN & SULFAT.

Di antara bahan yang terkandung dalam losyen bayi ini ialah:


🌸Aqua🌸
=-=-=-=-=-=
Memutihkan kulit, mempercepatkan proses pemulihan luka, menghilangkan parut luka

🌸Emullium delta🌸
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Mencerahkan&memutihkan kulit,membuat kulit lebih bersih dari sel2 kulit mati,penghalang sinar uv , mnghaluskan kulit

🌸Clove oil🌸
=-=-=-=-=-=-=
Sumber antioksidan, menjadikan kulit lembut dan menghilangkan bekas-bekas parut

🌸Ginger oil🌸
=-=-=-=-=-=-=-=
Melega gangguan kembung perut, menjadi penahan rasa sakit, boleh dijadikan sebagai antiseptik, baik pulih sistem pernafasan

🌸Portulaca ext🌸
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Membuang sel kulit mati, mencerahkan kulit, manjadikan kulit berasa lembut

Gambar ehsan dari fb Ct Aida Sardzi

Nak cuba produk ini? Hubungi: 013-5819100 (cikgu basariah)

Jumaat, Ogos 18, 2017

Bagaimana menangani anak kerap menangis?

" Puan, saya dah cuba cerai buai pada anak tapi dia mengamuk dekat sejam "

" Saya cuba bagitau anak setiap kali nak beredar. Tapi anak menangis sampai hilang suara bila tengok saya masuk tandas "

" Anak menangis sampai terbatuk-batuk nak termuntah sebab tak mahu duduk di car seat nya "

" Saya risau anak trauma lepas dia nangis teruk hari tu masa saya tak bagi lagi dia mengempeng untuk tidur "

***************

Semua ini dan banyak lagi contoh lain adalah drama biasa alam keibubapaan kan? . Jujurnya, saya tak gemar mendapat soalan sebegini kerana meyakinkan ibubapa untuk merasa selesa hadapi tangisan anak bukan tugas mudah. Saya lebih rela di suakan 2,3 orang bayi mengamuk untuk ditenteramkan dari meyakinkan ibubapa tentang hal ini.

Merasa selesa menghadapi tangisan bayi bermaksud anda faham bila anak perlu segera ditenteramkan dan dalam masa yang sama anda tiada masalah membiarkan anak menangis pada masa ia diperlukan.

Ya benar ,semua ibubapa pasti merasa susah hati dan stress bila melihat anak menangis. Lalu ibu bertanya adakah anak juga stress ketika menangis? Adakah anak akan trauma? Dan bolehkah tangisan merosakkan otak anak?

Jawapan 'straight forward' nya: anak TIDAK stress secara negatif, TIDAK trauma dan TIDAK rosak otaknya. Stress dan tangisan adalah perkara yang MUSTAHIL dapat dielakkan walau dalam sebuah keluarga yang penuh kasih sayang sekalipun. SAMADA CORAK KEIBUBAPAAN ANDA LEBIH LEMBUT ATAU LEBIH TEGAS, ANAK MENANGIS ITU PASTI TERJADI. Bezanya, menangis sedikit atau banyak,lama atau sekejap sahaja. Namun yang pasti, TIADA orang mati sebab menangis. Ye ada orang yang mati akibat patah hati tetapi menangis dan patah hati adalah dua perkara yang berbeza.

Sindrom patah hati adalah kegagalan jantung secara tiba-tiba hasil trauma emosi. Ia terjadi bila lambakan hormon mengatasi kemampuan otot jantung untuk mengepam. Ini adalah situasi yang amat jarang terjadi, ekslusif kepada warga tua terutama wanita menapouse dan selalunya tidak membawa maut.

Manakala kerosakan otak dan kemusnahan emosi akibat stress , kesedihan melampau dan trauma dikalangan kanak-kanak pula hanya di lihat pada anak-anak yang menghadapi tempoh penderaan dan pengabaian kronik untuk suatu tempoh yang begitu panjang.

Maka, sebarang proses pembelajaran baru dan pembetulan kepada anak, tidak langsung hampir kepada membuat anak sengsara walau betapa sukar ianya kelihatan.
Sebagai contoh, katakan anda sedang dalam proses melatih anak mencerai buaian untuk tidur, dimana ia menyaksikan anak menangis dan mengamuk selama 2 jam secara total, dimana asasnya hal ini boleh menjadi trauma bila anda adalah ibubapa yang penuh dengan pengertian dan kasih sayang untuk 22 jam yang lainnya? .

Ok, saya faham walau matematik saya tadi kedengaran masuk akal, namun mungkin ada sebahagian ibubapa yang masih rasa sukar berdepan dengan tangisan dan amukan anak. Saya berharap fakta tangisan berikut dapat membantu memudahkan ibubapa melalui situasi ini:

👶 Ketika emosi memuncak, hormon stress iaitu Cortisol dilepaskan oleh otak. Ia membuat badan masuk ke mode 'fight' (lawan) atau 'flight' (terbang). Lalu kita menjadi sangat sedar (hyper aware) dengan apa yang berlaku di sekeliling. Ingat lagi bagaimana malunya anda bila menangis akibat terbuang air di dalam kelas darjah 1 dahulu? . Ini menerangkan mengapa anak melebih-lebih menangis, memprotes atau mengamuk kerana dia 'hyper aware' dengan apa yang cuba anda lakukan.

👶 Cortisol juga memperlahankan pernafasan. Lalu mencipta tekanan dalam tekak yang membuat anak merasa penuh atau berat ditekaknya dan seperti mahu tercekik ketika menangis. Ia sebenarnya satu sensasi sahaja yang di sebut 'Globus Sensation' dan bukan benar-benar wujud.

👶 Lambakan air mata yang terlebih banyak boleh memasuki laluan nasal dan menyebabkan air mata masuk ke hidung. Lalu anak kelihatan seperti tersumbat hidung ketika menangis dan sedikit menganggu pernafasan.

👶 Menangis adalah proses penyingkiran toksin. Tangisan beremosi akan melepaskan Leucine Enkephalin, iaitu sejenis hormon yang mengurangkan kesakitan dan memperbaiki mood. Ia adalah agen detox paling penting kerana ia mengurangkan stress secara serta-merta.

Paling penting, ibubapa harus sedar bahawa tangisan hanyalah luahan 101 emosi. Ia tak mesti selalu bermaksud anak sedang dalam kesakitan dan perlu segera dibantu. Perasaan bukan sesuatu yang buruk atau bagus. Perasaan adalah perasaan. Ia wujud dan harus diakui. Maka ibubapa harus bantu anak untuk mengakui semua rasa yang dia alami: geram, menentang, sedih, kecewa, gembira dan sebagainya lalu bantu anak untuk hadapinya dari situ.

Langkah pertama yang ibubapa boleh buat ialah 'menyokong' tangisan atau amukan itu dengan cara membenarkan anak meluahkannya dan bukan menghalang ia terjadi (walau ibubapa bakal serabut berdepan anak yang menangis). Kajian oleh Journal Current Directions in Psychology ke atas 3000 orang individu mendapati, perasaan lega atau rasa lebih bagus selepas menangis (disebut feel good cry) itu adalah benar bila seseorang individu menangis di kalangan orang yang menyokongnya dan dalam persekitaran yang dia selesa berbanding bila seseorang itu menangis di tempat asing, dalam situasi tak selamat dan dalam keadaan yang memalukan.

Dari situ, bantu anak untuk menguruskan perasaannya. Sebagai contoh, kata dengan tegas tapi penuh pengertian pada anak : " Mama tau adik sedih tak dapat puting. No more puting malam ni. Mama baring dengan adik kita tidur sama-sama ". Atau jika anak belum faham banyak ayat, tunjuk saja isyarat tidak boleh buaian atau tidak boleh mengempeng misalnya. Boleh guna 1 atau 2 perkataan mudah bersama isyarat seperti tunjuk ke arah payudara ibu sampai gerakan jari tanda 'NO/TIDAK' dan sebut ," Sakit " (mewakili contoh situasi bila anak ada tabiat gemar mengigit puting ibu ).

Jika anak masih menangis kerana tidak gemar perubahan baru ini dan cuba memprotes, peluk, usap dan ucap kata-kata sayang tanpa tunduk pada kemahuan anak. Ini lah yang dipanggil 'menyokong' tangisan anak. Tak kira berapa lama (beberapa minit atau jam atau hari) dan teruk ia kelihatan, ibu kekal dengan respon sebegini. Ya, anak akan membawa amukan atau tangisannya ke kemuncak. Ia dipanggil fasa ' Extinction Burst' .

Fasa ini PERLU terjadi kerana hanya selepas fasa ini lah baru episod amukan dan tangisan akan berkurang dan lenyap. Ia atas prinsip psikologi :  keadaan akan memburuk sebelum menjadi lebih baik. Prinsip ini berdasarkan proses hemostasis yang banyak terjadi dalam kehidupan manusia iaitu penggembalian semula emosi manusia ke aras asal untuk membolehkan manusia kekal berfungsi.  Menangis membantu badan manusia kembali ke hemostasis setelah dilanda gelombang emosi dari pengalaman tak kira samada positif atau negatif.

Saya berharap artikel ini akan membantu ibubapa menjadi lebih rasional dalam menghadapi kerenah tangisan anak. Menangis bukan semata-mata untuk proses penyingkiran toksin sahaja. Ia juga isyarat untuk memberitahu manusia lain bahawa seseorang itu dalam kesakitan dan perlu pertolongan. Tapi jangan lupa, menangis juga untuk menarik simpati dan membuat individu lain mengalah (back off). Maka, respon anda sebagai ibubapa dalam hal ini amat besar kesannya kepada perkembangan anak-anak.

USWATUN HASANAH BT MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN BAYI PERTAMA MALAYSIA
AHLI DOKTORBUDAK.COM

Khamis, Ogos 17, 2017

Sila haramkan gajet untuk anak bawah 2 tahun!

Assalamualaikum

BAGI LAGI ANAK MAIN GAJET SELALU

🔴 2 tahun lepas, Taiwan gubal undang-undang melarang anak dibawah umur 2tahun didedahkan pada gajet. Kanak-kanak bawah 18 tahun boleh guna gajet tapi ada had masa.

🔴Steve Jobs (rata-rata kenal kan) tidak benarkan anak-anaknya guna gajet pada hari persekolahan dan ada batasan kalau weekend.

🔴 Bill Gates hanya benarkan anak main gajet bila capai umur 14tahun.

🔴 Perkembangan otak berkembang sebanyak 80% dari otak dewasa bila umur anak 3 tahun sebab itu umur 0-3 tahun adalah tempoh yang tidak sesuai untuk anak terlalu kepada gajet. Nanti jejaskan perkembangan otak.

🔴WAJIB tahu yang stimulasi rangsangan (persekitaran) sangat diperlukan untuk 2tahun permulaan (eye contact bila bercakap dan respon).

So hasil tadi juga bagi tamparan pada ibu dan ibu yakin pada ibu bapa lain juga:

🔥Anak ni tengok pada ibu bapa. Sebab itu bila ibu bapa terlalu ke arah gajet, anak follow. Role model remember?

🔥Memang anak akan suka pada games dalam gajet sebab umur 0-3 tahun ni dunia anak-anak adalah bermain. Bak kata salah seorang pakar tadi bisnes anak-anak ialah bermain.

🔥Kalau seawal umur setahun tiada stimulasi rangsangan yang sangat diperlukan pada 2 tahun permulaan, penglihatan, perkembangan otak & tumbesaran akan terganggu 😭

🔥Jangan tanya kenapa anak suka tantrum (mengamuk) bila tidak dibagi gajet bila selama ni memang jadi teman rapat anak dah 😔 pappp tampar pipi ibu

🔥Kognitif (membezakan besar kecil tinggi rendah etc) anak boleh terganggu. Even dalam gajet misalnya saiz haiwan tidak sama dengan di luar - bila masuk sekolah could be problem untuk anak-anak.

🔥Attention deficit menakutkan. Sebab tu anak mula tidak dengar bila kita panggil dan kurang bercakap. Pokoknya benda lain pun tidak ambil peduli bila gajet depan mata.

🔥Anak kecil sepatutnya Ekstrovert (periang dsb.), tapi bila dengan gajet sangat anak jadi introvert (pendiam dsb.).

Sejujurnya ibu risau bila AN dalam sehari mencari gajet. Terkadang tu ada drama airmata bila ibu kata berhenti dulu. NA pun dah pandai tunjuk fon 😔

Macam yang pakar cakap there is no betul salah pasal gajet. Sebab teknologi akan stay. Cuma sebagai parents kita yang kena corakkan anak. No wonder orang kata guru pertama anak ialah ibu bapa bukan cikgu masa di sekolah.

Umur yang recommended untuk bagi gajet? 5 tahun.

Suka saya masukkan sekali analogi yang Pakar tu bagi tadi - kita dibenarkan bawa kereta bila umur sesuai (17 ke atas - pastikan ada lesen 😅) Sebab sudah pandai control dan ada kebolehan bawa kereta, sama juga prinsip nya dengan bagi anak gajet. Sebab itu walaupun recommended umur sebegitu tetap ada had masa. Parents kena peduli!

Cre. Nowa Nija

Rabu, Ogos 16, 2017

Amalan sebelum tidur

Assalamualaikum

Amalkan... 😘
Rasulullah tidak pernah tidur sebelum mencium Fatimah. Pernah suatu ketika ditegur dan ditanya salah satu istrinya, kenapa engkau selalu mencium Fatimah? Rasulullah menjawab, ‘setiap aku rindu surga aku mendapatkan semerbak bau harum surga pada diri Fatimah’.

Suatu hari Siti Fatimah sudah masuk di kamarnya, sudah di dalam selimutnya, mau  tidur.  Rasulullah mengetuk pintu kamarnya, kemudian Rasulullah masuk dan Siti Fatimah bangun, kata Rasulullah ‘jangan, tetaplah kamu di tempat tidurmu’.

Kemudian beliau bersabda ‘putriku Fatimah, kamu jangan tidur sebelum mengkhatamkan Al-Quran.  Kamu jangan tidur sebelum menjadikan seluruh nabi memberikan syafaat untukmu. Kamu jangan tidur sebelum merelakan atau memberi kerelaan kepada seluruh kaum mukminin-mukminat di dunia ini. Dan terakhir wahai putriku Fatimah jangan kamu tidur sebelum kamu Umrah dan Haji’.

Permintaan yang sulit semua. Sebelum tidur khatam Al-Quran. Sebelum tidur menjadikan seluruh Nabi memberikan syafaat.  Sebelum tidur merelakan kaum mukminin-mukminat. Sebelum tidur Umrah dan Haji.

Siti Fatimah terkejut mendapatkan perintah ini. Sebelum sempat Fatimah berkata, Rasulullah shalat  dua rakaat di kamar Siti Fatimah. Siti Fatimah duduk menanti selesai shalat ayahnya untuk menanyakan tentang perintah tadi.

Setelah Rasulullah salam, Siti Fatimah berkata, ‘ayahku, siapa yang mampu sebelum tidur khatam Al-Quran, menjadikan para Nabi memberi syafaat, merelakan seluruh kaum mukminin-mukminat, dan melaksanakan Umrah dan Haji?’

Rasulullah tersenyum kemudian beliau bersabda, ‘bukan begitu putriku, bukankah engkau

kalau membaca Qulhuwallahu Ahad (Surah Al-Ikhlas) sebanyak 3x dihitung seperti khatam Al-Quran.

Kedua, bershalawatlah kepadaku dan seluruh para nabi, nanti kami semua siap memberi syafaat.

Ketiga, doakan kaum mukminin-mukminat; Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat, supaya semua kaum mukminin-mukminat rela kepadamu.

Ke empat, Umrah dan Haji yang kumaksud ialah membaca; Subhanallah, walhamdulillah, wa Laa Ilaha Illallah, wa Allahu Akbar, maka pahalanya seperti kamu melakukan Umrah dan Haji’.

Jadi inilah amalan yang diajarkan Rasulullah kepada putrinya Fatimah. Dan mari kita amalkan dan ajarkan kepada anak-anak kita:

1.     Membaca  Qulhuwallahu Ahad (Al-Ikhlas) 3 x.
2.     Shalawat kepada para Nabi (Allahumma Shalli ala Muhammad wa Ali Muhammad wa Alal Anbiya-i wal Mursalin).
3.     Mendoakan kaum Muslimin (Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat).
4.     Kemudian membaca (Subhanallah, wa-Alhamdulillah wa Laa ilaa ha Illallah wa-Allahu Akbar)

Semoga bermanfaat 😙

Selasa, Ogos 15, 2017

Allah sayang kamu

Assalamualaikum

ASSALAMUÀLAIKUM WBT🍓

Kisah budak Kecik yg perlu dijdkan teladan!

“Pd setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorg Imam dan anaknya yg berumur 7 tahun akan berjln menyusuri jln di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jln² Syurga” dan beberapa karya Islamik yg lain.

Pd satu Jumaat yg indah, pd ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah² Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yg masih kering dan panas dan seraya berkata : “Ayah! Sy dah bersedia.”
Ayahnya terkejut dan berkata : “Bersedia utk apa?”
“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”
”Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat.”
”Ayah bukankah masih ada manusia yg akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun.”
Ayahnya menambah : “Ayah tidak bersedia hendak keluar dlm keadaan cuaca sebegini”
Dgn merintih anaknya merayu : “Benarkan sy pergi ayah?”

Ayahnya berasa agak ragu² namun menyerahkan risalah² itu kpd anaknya

 “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”
 ”Terima kasih Ayah.”

Dgn wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dlm kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah² tersebut kpd sesiapa pun yg dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kpd penghuninya.
Setelah dua jam, hanya tinggal satu sj risalah “Jln² Syurga” ada pd tangannya.

DIm berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya.
Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yg akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yg agak terperosok di jln itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu.

Apabila sampai shj anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lg namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lg tiada jawapan.

Ada sesuatu yg memegangnya drpd pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan.

Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lg.
Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorg perempuan dlm lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih.

 “Nak, apa yg makcik boleh bantu?”
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah Malaikat yg turun dari langit.
 “Makcik, maaf sy mengganggu, sy hanya ingin menyatakan yg ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik.
Sy dtg ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah org yg paling bertuah.”
Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
”Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dlm nada yg lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya :“Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu?”

Tiba² sekujur tubuh bangun dgn perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu.

“Sy rasa tiada sesiapa dlm perhimpunan ini yg kenal sy. Sy tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali.
Utk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas sy bukan seorg Muslim. Suami sy meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan sy keseorangan dlm dunia ini”
Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

 ”Pd Jumaat minggu lepas sy mengambil keputusan utk membunuh diri. Jd sy ambil kerusi dan tali. Sy letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menurun. Sy ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lg diketatkan di leher. Apabila tiba saat sy utk terjun, tiba² loceng rumah sy berbunyi.

Sy tunggu sebentar, pd anggapan sy, siapa pun yg menekan itu akan pergi jika tidak dijawab.
Kemudian ia berbunyi lg.
Kemudian sy mendgr ketukan dan loceng ditekan sekali lg.”
 ”Sy bertanya sekali lg.
Belum pernah pun ada org yg tekan loceng ini setelah sekian lama.
Lantas sy melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”
 ”Seumur hidup sy, belum pernah sy melihat anak yg secomel itu. Senyumannya benar² ikhlas dan suaranya seperti Malaikat”.

 “Makcik, maaf sy mengganggu, sy hanya ingin menyatakan yg ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata² yg paling indah yg sy dgr”.
 ”Sy melihatnya pergi kembali menyusuri hujan.
Sy kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat.

Akhirnya kerusi dan tali yg hampir² menyentap nyawa sy diletakkan semula ditempat asal mrk.
Aku tak perlukan itu lg.”

 “Lihatlah, skrg sy sudah menjadi seorg yg bahagia, yg menjadi hamba kpd Tuhan yg satu ... ALLAH.
Di belakang risalah terdpt alamat ini dan itulah sbbnya sy di sini hari ini. Jika tidak disbbkan budak kecil yg dtg pd hari itu tentunya roh sy ini akan berada selama-lamanya di dlm neraka”.

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yg masih kering. Ramai pula yg berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dgn pantas dr mimbar lantas terus memeluk anaknya yg berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
Jumaat ini dikira Jumaat yg paling indah dlm hidupnya.

Tiada anugerah yg amat besar dr apa yg dia ada pd hari ini. Iaitu anugerah yg skrg berada di dlm pelukannya. Seorg anak yg seumpama Malaikat.
Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kpd makhlukNya yg penyayang.

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

ALLAHUAKBAR !!

P/s: sekecil2 amalan kalau xbuat pasti d persoal kelak ... Allah ... moga dakwah walau sepotong ayat dpt sampai

Isnin, Ogos 14, 2017

7 kebaikan lemon

7 KEBAIKAN LEMON YANG PERLU ANDA TAHU!


Lemon mengandungi Asid Sitrik, Kalsium, Magnesium, Potassium, Phosphorus, Zat Besi, Zink, Vitamin A, Vitamin B6, Vitamin C, Vitamin E, Bioflavonoids, Riboflavin, Pectin dan lain-lain, yang meningkatkan tahap imun sistem, serta melawan sebarang jangkitan

1. Permulaan hari yang baik. Lupakan kopi! Mulakan hari dengan secawan air lemon panas sebaik sahaja bangun tidur boleh membantu merangsang dan mengaktifkan sistem penghadaman. Minum air lemon pada waktu pagi juga memberi bekalan vitamin C semulajadiyang baik untuk kita.

2. Melegakan sakit tekak. Ciri-ciri anti-bakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu melegakan sakit tekak. Jus lemon juga boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan

3. Menurunkan berat badan. Jus lemon mengandungi Pectin, yang merupakan serat larut yang membantu dalam membakar lemak dan penurunan berat badan. Minum air lemon juga membantu hati menghasilkan lebih hempedu, yang membantu menghadam lemak degil.

4. Menghalang pembentukan batu karang. Minum air lemon setiap hari meningkatkan paras citrate di dalam urin. Kajian menunjukkan bahawa ianya membantu melindungi badan kita daripada pembentukan batu karang di dalam buah pinggang.

5. Melegakan kegatalan. Lemon bersifat antiseptik dan anti-keradangan, serta mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik. Jika anda digigit serangga, gosok jus lemon di kawasan kulit berkenaan. Ia boleh membantu melegakan rasa gatal tersebut.

6. Melawaskan sistem penghadaman. Air lemon membantu dalam perkumuhan, mengelakkan sembelit, cirit-birit, serta melegakan simptom berkaitan kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.

7. Anti-kanser. Liminoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon. Kajian mendapati ia mempunyai ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu melindungi sel-sel di dalam badan daripada rosak, seterusnya mengelakkan pembentukan sel barah.


Tahukah anda..Bahan utama JUS ASMAK GOLD adalah jus lemon??😘😘


Sabtu, Ogos 12, 2017

Pertandingan reka bentuk bandar Teknologi Hijau 2017 peringkat negeri Perak


Assalamualaikum

Alhamdulillah tahun ini merupakan tahun pertama sekolah kami menyertai pertandingan ini. Setelah bergelar johan daerah, kami meneruskan perjuangan kami ke peringkat negeri. Hari ini merupakan hari getir perjuangan pasukan sekolah kami. Semoga beroleh kejayaan cemerlang.

Buat pasukan RBTH SMKSA, semoga kalian buat yang terbaik. Kalah dan menang adat pertandingan. All the best!




P/s: walaupon yang bertanding cuma 3 orang, tapi semangat berpasukan rakan-rakan sekelas memang sesuatu yang sangat cikgu banggakan. Kalian 4 ibnu sina 2017 memang terbaik!

Anak dan gajet?

Assalamualaikum

Ok seperti yang dijanjikan, saya nak share beberapa input yang saya dapat masa jadi panelis jemputan di Wanita Hari Ini TV3 semalam, bersama 3 lagi wanita hebat;
Prof Dr Mariani (Pakar Psikologi),
Pn Nadia (Pakar Perkembangan Awal Kanak-kanak),
dan moderator anggun kita, Fiza sabjahan official. 😍
.
Sepanjang sesi itu, kami berempat telah mengupas topik paling kontroversi abad ini, iaitu--
Anak & Gajet.
.
I have the recorded video of yesterday's session, tapi saya decide untuk share dalam bentuk penulisan macam ni,
sebab ada banyak lagi isu yang kami bualkan di sebalik penggambaran siaran langsung yang hanya berdurasi 20 minit itu.
So i want to share more than what you've seen on TV3 yesterday.
.
Macam yang anda semua tahu,
anak saya (Haikal) pernah di-diagnosed sebagai Excessive Screen Exposure (Pendedahan Skrin Berlebihan) 5 tahun lepas, ketika berumur setahun.
Dan apa yang mengakibatkan tragedi itu berlaku adalah, of course --
pendedahan skrin yang terlalu lama dan tidak dikawal.
.
Bila kita sebut "pendedahan SKRIN",
ia sebenarnya bukan merujuk kepada gajet sahaja,
tapi juga kepada TV, wayang, phones, tabs, dan pelbagai alat electronic lain.
.
Sepertimana yang dinyatakan oleh Prof Mariani semalam,
anak berusia 2 tahun ke bawah tak sepatutnya didedahkan langsung dengan pendedahan skrin dan alat electronic, kerana boleh mengakibatkan kebantutan ransangan saraf dan otak.
.
Dalam WHI semalam, gajet dikatakan lebih kritikal berbanding pendedahan skrin yang lain.
Kenapa?
.
Sebab gajet lebih mobile, mudah dibawa kemana-mana, dan menyebabkan pendedahan nya lebih sukar dikawal!
Toksah cakap anak,
mak bapak sendiri pun tak boleh kawal. 😑
.
Ok balik kepada diagnosis anak saya tadi.
Haikal disahkan "normal semula" pada umur 2 tahun, selepas melalui proses intervensi yang sangat intensive bersama pakar psikiatri kanak-kanak di Penang.
Secara jujur, saya dan suami telah habis beribu ringgit sepanjang proses "rawatan"  tersebut.
.
Dari situ lah saya sedar how harmful these gadgets can do to our children dan future generations (kalau tidak dikawal penggunaannya).
.
Dan atas dasar itu juga, saya mula berkongsi terutamanya dalam buku2 saya,
untuk memberi kesedaran terutama kepada ibu bapa millenia supaya tak mengulangi kesilapan saya sehingga perlu berhabis wang ringgit untuk memperbetul semula keadaan.
.

So here's some points yang saya jot down sepanjang perbincangan di WHI semalam, untuk dimanfaatkan anda semua 👇👇👇
.
.
Berikut adalah tanda-tanda anak ketagihan gajet atau terlebih pendedahan gajet. Kalau anak-anak anda menunjukkan beberapa ciri di bawah, sila awasi dan pantau semula pendedahan gajet terhadap mereka, SEBELUM TERLAMBAT.
.
✔ Anak abaikan keperluan asas seperti makan, tidur, berinteraksi, etc
.
✔ Anak taknak gangguan sesiapa ketika menggunakan gajet termasuk ibu bapa
.
✔ Anak minta gajet sepanjang masa, dan gelisah kalau tak diberi gajet
.
✔  bersikap panas baran, tiada self control dan cepat marah
.
✔ bertindak ganas (suka baling2 barang, menggigit orang lain, memukul, etc)
.
✔ suka menjerit dan tantrum yang amat sukar dikawal
.
✔ tak boleh duduk diam walaupun untuk beberapa saat
.
✔ tak boleh fokus dalam aktiviti di sekolah
.
✔ tak berpaling apabila namanya dipanggil
.
✔ tak suka bergaul dgn kanak-kanak lain
.
✔ tak suka eye contact
.
✔ lambat bercakap atau pelat dalam pertuturan
.
✔ insomnia, sukar tidur atau gemar tidur lewat
.
✔ obesity atau masalah penghadaman (akibat pendedahan gajet tak terkawal ketika makan)
.
.
Jika anda mengambil keputusan untuk dedahkan gajet kepada anak-anak (for whatever reason), berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan--
.
✔ Frekuensi atau kekerapan pendedahan gajet kepada anak: jangan dedahkan setiap hari, tapi hanya 2-3 kali seminggu sahaja.
.
✔ Durasi atau tempoh setiap pendedahan tersebut : pastikan anak tidak gunakan gajet melebihi 1 jam setiap hari.
.
✔ Content atau isi kandungan video/apps yang digunakan oleh anak : jangan beri anak guna gajet tanpa sebarang pengawasan. Pastikan anda tahu apa yang ditonton atau dilayari oleh anak sepanjang tempoh tersebut.
.
✔ Buat peraturan tentang penggunaan gajet di rumah, dan pastikan setiap orang (termasuk ibu bapa) patuhi peraturan tersebut. Contohnya, "No gadget during bed time & meal time".
.
✔ Fahamkan peraturan tersebut kepada orang lain yg terlibat secara langsung dengan perkembangan anak. Contohnya pengasuh, nenek, makcik, etc. Teamwork is very important in disciplining the children.
.
✔ Jadikan gajet sebagai rujukan kepada sesuatu aktiviti praktikal. Contohnya, tonton video playdoh di youtube selama 10 minit, kemudian tutup gajet dan aplikasikan video yang ditonton dengan aktiviti playdoh sebenar.
.
✔ Pastikan anak faham, bahawa gajet itu milik ibu bapa. Ibu bapa berhak menyimpan dan meminta semula gajet pada bila-bila masa. Dan jangan ajar anak unlock password.
.
.
Jika anak mula tunjuk ciri2 ketagihan gajet, ini perkara2 yang anda boleh lakukan:
.
✔ Hadkan penggunaan gajet secara berperingkat. Contohnya, dari 24 jam kepada 4 jam, kepada 2 jam, kepada 1 jam. Konsisten hadkan sehingga anak boleh patuhi had masa yang diberi.
.
✔ Berinteraksi dengan anak ketika mereka gunakan gajet. Never let them use gadget alone.
.
✔ Jadikan gajet sebagai ganjaran positif, selepas anak selesai buat aktiviti / homework.
.
✔ Jangan caj battery 100% penuh. Sebaliknya caj sehingga 15-20% sahaja.
.
✔ Jadikan gajet sebagai last option. Cuba tackle perhatian anak dengan aktiviti lain selain daripada gajet. Terutamanya aktiviti yang melibatkan pergerakan, deria, kemahiran motor halus, fokus dan sasaran.
.
✔ Gunakan kaedah pre-warning ketika ambil semula gajet daripada anak. Contoh pre-warning, "Mama akan ambil semula ipad ni dalam kiraan 5. Lima.. Empat.. Tiga.. Dua.. Satu.. Dan ambil gajet tersebut."
.
✔ Gunakan jam loceng sebagai indicator tamatnya waktu penggunaan gajet. Anak mungkin tak tahu 10 minit tu lama mana. Jadi guna alarm clock, dan pesan pada anak, "Bila alarm berbunyi, bermaksud awak kena pulangkan gajet tu semula kepada Mama."
.
✔ Pastikan anda konsisten & tak mudah mengalah dalam mendisiplinkan anak-anak tentang penggunaan gajet.
.
✔ Sentiasa standby busy kit /permainan anak bila keluar rumah /travel
.
.
Sebagai ibu bapa, kita perlu ada mindset yang betul dalam mendidik anak-anak.
Sentiasa ingat bahawa anak-anak adalah cerminan diri kita.
.
Bak kata mat saleh--
monkey see monkey do.
.
Bak kata orang kita--
kempimpinan melalui teladan.
.
Dan bak kata Rasulullah saw--
the best parenting is through AKHLAK.
.
Dalam apa pun yang kita harapkan daripada anak-anak, we must first be the person we want our child to be.
.
Sibuk nak anak sempurna dalam segala hal,
tapi kita ni dah cukup sempurna ke?
Taknak bagi anak tengok gajet takut ketagih,
tapi kita ni confirm tak ketagih ke?
.
Yes, gajet bukanlah haram, dan tak semuanya buruk.
In fact, kita tak mampu menyekat kemajuan teknologi yang semakin berkembang.
.
Tapi adakah mindset dan akhlak kita dah betul-betul layak dan mampu menggunakan teknologi tersebut ke arah kebaikan dan bukan kemudaratan?
Atau kita sendiri sebenarnya sedang memusnahkan kualiti hidup secara perlahan-lahan?
.
Ingat--
.
80% perkembangan otak manusia berlaku pada usia 0-3 tahun.
Dan seawal usia 4 tahun,
anak dah bina 80% personality kekal.
.
Adakah kita nak biarkan anak melepasi umur kritikal ini hanya dengan gajet semata-mata, asalkan kita tak susah dan tak letih melayan mereka?
.
4 tahun tu tak lama.
Jangan kerana selama 4 tahun kita pandang remeh, akhirnya kita binasakan hidup anak sampai bila-bila.
.
Gajet datang untuk bantu dan memudahkan.
Tapi kalau ia jatuh ke tangan-tangan yang tiada ilmu dan kesedaran, maka nahaslah. 😭
.
Fikirkan, dan bertindak sekarang.
.
Saya harap perkongsian saya kali ni membuka mata dan minda anda, serta orang-orang di sekeliling anda.
Semoga Allah sentiasa lindungi kita dan zuriat keturunan kita dari sebarang musibah yang disebabkan oleh tangan-tangan kita sendiri.
.
Untuk baca lebih lanjut tentang aktiviti2 yang berkesan dalam merawat ketagihan gajet,
dan pelbagai tips untuk memastikan perkembangan anak berlaku dengan baik,
baca dua buah buku bestseller saya:
.
#WhySoSeriousParents dan #3Kertas3Krayon3PenselWarna
.
Kedua-duanya adalah dalam Bahasa Malaysia mudah dan santai.
Hadamkan dan manfaatkan dalam hidup anda.
InsyaAllah semuanya akan ok. ❤
.
Maklumat lanjut tentang buku👇:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1633307310055389&id=909371355782325
.
.
.
P/s: Saya terima banyak kecaman dari ibu bapa yang mempunyai anak autistic. Rileks.. Apa yang saya kongsikan ini adalah untuk anak-anak biasa, dan bukan anak-anak "superhero" seperti anak-anak kalian. Sepertimana yang Prof Mariani sebutkan dalam WHI semalam, anak-anak autistic mempunyai pengecualian, di mana gajet adalah keperluan untuk tujuan komunikasi dan mengawal kelakuan mereka. Yang menjadi isunya adalah apabila anak-anak yang dilahirkan normal, disogokkan gajet secara berlebihan sehingga mereka juga menunjukkan ciri2 mirip autism. Ini yang kita nak elak. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak autism, anda terkecuali. Saya juga mempunyai sepupu dan saudara yang mengidap autism, jadi saya faham sensitivity anda. Salam sayang. 😊

-Adlil Rajiah-

Cikgu risau sangat memikirkan tahun depan gajet dah boleh dibawa ke sekolah. Macamanalah agaknya. Dalam keadaan dunia tanpa sempadan ni, teknologi dengan manusia semakin sukar dibendung. Guru bukan lagi sumber rujukan utama menjadikan keberkatan ilmu semakin berkurang. Semoga Allah pelihara kita dan anak cucu kita dari maksiat yang membawa kehancuran. Aamiiin.


Khamis, Ogos 10, 2017

HENTIKAN ONLINE SHAMING (BULI SIBER)

Assalamualaikum

SURAT CINTA MURID SEKOLAH DAN ONLINE SHAMING.

Pada tahun 2015, seorang remaja berusia 13 tahun di Washington, Izabel Laxamana membunuh diri dengan terjun dari sebuah jambatan setelah dia dimalukan oleh ayahnya sendiri secara online.  Sebuah video berdurasi 15 saat yang memaparkan bagaimana ayah Izabel memotong rambut anaknya itu sebagai hukuman kepada salah laku anaknya telah dimuatnaik ke laman media sosial untuk tontotan umum.  Siasatan lanjut mendapati bahawa yang memuatnaik video tersebut adalah pihak ketiga dan dilakukan supaya remaja tersebut berubah.

Malangnya nasi akhirnya menjadi bubur. Kegiatan 'online shaming' tersebut telah meragut nyawa remaja yang masih mentah itu yang sudah tentunya belum mempunyai keupayaan untuk berfikir secara rasional.

---------------------------------------------------

Di tanahair kita pada hari ini surat cinta seorang murid perempuan berusia 11 tahun kepada gurunya telah disebarkan secara meluas di media sosial dan portal berita.
Kisah surat cinta ini telah dibaca oleh beratus-ratus ribu orang, mendapat reaksi (like) oleh berpuluh ribu orang dan di'share' oleh beribu-ribu orang setakat posting ini ditulis.

Surat yang jelas memaparkan nama murid tersebut dan disertakan dengan gambar-gambar guru lelaki tersebut telah mengundang reaksi yang pelbagai, kebanyakannya mentertawakan, mengecam, dan mengutuk kanak-kanak tersebut.

Saya difahamkan surat itu dimuatnaik oleh rakan baik kepada guru lelaki tersebut.  Saya tidak tahu apa tujuan surat itu dimuatnaik.
Mungkinkah untuk 'mengajar' kanak-kanak tersebut?
Atau mungkinkah untuk mendapat banyak 'like'?
Mungkin untuk mempromosikan guru-guru 'kacak' di sekolah supaya pelajar bersemangat untuk belajar?
Walau apa pun tujuannya apa yang berlaku hari ini mengingatkan saya kepada kes Izabel.

Ini adalah isu 'ONLINE SHAMING' atau memalukan seorang individu secara 'online'.
Yang paling menyedihkan adalah, kanak-kanak berusia 11 tahun itu telah dimalukan oleh seorang dewasa dan melibatkan seorang pendidik dan sebuah institusi pendidikan.
Ini juga CYBERBULLYING (Buli siber) oleh orang dewasa terhadap kanak-kanak.

Tahukah anda betapa pentingnya elemen 'trust' (percaya) dalam hidup seorang manusia?  Seorang manusia membina 'trust' dalam dirinya terhadap orang sekelilingnya dari lahir lagi.
Seorang kanak-kanak membina kepercayaan kepada orang sekeliling yang dekat dan rapat dengannya yang dirasakan boleh membimbingnya dan menghargainya.  Rasa percaya inilah yang membantu kita untuk menjadi lebih tenang dan yakin meneroka potensi dan kelebihan diri kita.
Tanpa 'trust' ini kanak-kanak rasa tidak selamat dan sentiasa rasa tidak yakin, rendah diri dan kecewa.

Dalam kes Izabel, ayah adalah satu figura yang lumrahnya sangat dipercayai oleh seorang anak.  Anak perempuan sering menjadikan ayah seorang  idola yang akan membantunya membuat keputusan dan pilihan dalam hidupnya terutamanya yang berkaitan dengan lelaki.  Dengan tersebarnya video tersebut, lunturlah kepercayaan dalam dirinya.  Apa gunanya lagi hidup tanpa rasa yakin dan percaya yang dia akan dilindungi oleh salah seorang manusia yang boleh dipercayainya.

Guru juga sepatutnya menjadi seorang insan yang boleh dipercayai, yang menjaga maruah pelajarnya walaupun pelajarnya membuat silap.
Guru sepatutnya menjadi seorang insan yang membimbing seorang kanak-kanak yang melakukan kesilapan dengan cara yang berhikmah, yang bersesuaian dengan pendidikan dan latihan tentang psikologi pelajar yang telah diterimanya sebelum memasuki profesion tersebut.
Guru sepatutnya menjadi seorang manusia yang mempunyai empati terhadap murid yang tersilap langkah.  Guru tidak sepatutnya mengikut emosi seperti kanak-kanak.
Guru tidak sepatutnya memalukan muridnya.

Apabila kita dimalukan, otak kita mengalami proses 'flight', 'fight' or 'freeze', yakni melakukan sesuatu tindakan tanpa berfikir dengan waras.  Inilah yang menyebabkan Izabel membunuh diri.

Semoga anak tersebut dibimbing, diberi perhatian dan kaunseling oleh pihak sekolah.
Ini isu serius.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

Rabu, Ogos 09, 2017

ASMAK BABY CARE tanda kasih seorang ibu

Assalamualaikum

Apa yang ada dalam set produk baby - Asmak Baby Care?

💝Kelebihan Asmak Baby Care 💝

💞Shampoo baby Top to Toe💞

Aqua -  Menjadikan rambut lebih halus, lembut, dan ringan
Menjadikan rambut wangi setiap masa
menutrisi rambut dengan sempurna
Mengurangkan rambut gugur dan menyihatkan rambut
Merawat masalah rambut sensitif

Eucalyptus oil (minyak kayu putih) - Mengurangkan kulit kepala gatal dan mengatasi masalah kutu pada rambut

Chamomile flower - mengatasi kelemumur atau kerak kepala bayi dan merawat ekzema

Rose flower - memberi kelembapan pada kulit kepala dan rambut, mewangikan rambut, dan  mengatasi keradangan kulit kepala.

 Vit E - menyinarkan rambut, melebatkan rambut, mengurangkan masalah rambut kusut dan bercabang, menyihatkan rambut dan menguatkan rambut.

 Jojoba oil - melembutkan rambut, mengatasi masalah rambut kering, dan meningkatkan pertumbuhan rambut,

Apricot oil - melembapkan rambut, memelihara rambut hingga ke akar dan menyinarkan rambut.

💞Losyen baby💞

Aqua - memutihkan kulit, mempercepatkan proses pemulihan luka, menghilangkan parut luka

 emullium delta - Mencerahkan&memutihkan kulit,membuat kulit lebih bersih dari sel2 kulit mati,penghalang sinar uv , mnghaluskan kulit


Clove oil - Sumber antioksidan, menjadikan kulit lembut dan menghilangkan bekas-bekas parut


Ginger oil - melega gangguan kembung perut, menjadi penahan rasa sakit, boleh dijadikan sebagai antiseptik, baik pulih sistem pernafasan

Portulaca ext - membuang sel kulit mati, mencerahkan kulit, manjadikan kulit berasa lembut


💞Baby essential oil💞

Clove oil - Sumber antioksidan, menjadikan kulit lembut dan menghilangkan bekas-bekas parut

Nutmeg oil - melegakan kesakitan otot, tidur yang lebih baik

Peppermint oil - mengurangkan gatal pada kulit, menyembuhkan sakit kepala dan terapi sendi serta meringankan alergi

 Sweet Almond oil- melembabkan kulit, mencegah keradangan kulit, menjadikan kulit lebih lembut dan halus dan melindungi kulit daripada sinaran  uv berbahaya.



💞Asmak Baby powder💞

Kaolin - keradangan kulit tertentu seperti merawat lecet, bisul , dan keradangan kulit

Ekstrak Portulaka - mencegah bakteria

Papaya ext - membuang sel kulit mati, mencerahkan kulit, manjadikan kulit berasa lembut

Lavender essential oil - mengurangkan penyakit proriasis, menyembuhkan luka dan sunburn, mengurangkan kegatalan pada kulit


Dalam 1 set lengkap juga boleh tambah :

Sevenis Hair Oil
Minyak Herba Asmak mini
Bedak Asmak mini


Dapatkan segera set istimewa hari ini dengan harga promosi yang sangat berbaloi!
Hubungi: 013-5819100 (basariah)

Isnin, Ogos 07, 2017

Perbezaan Minyak Asmak dengan minyak lain

Assalamualaikum

Apa Yang Membezakan MINYAK HERBA ASMAK Dengan Minyak Biasa Di Pasaran ?
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=

Semestinya Minyak Herba Asmak berada di tahapnya yang tersendiri.

Dihasilkan daripada bahan terpilih berkualiti premium seperti :
😱 Habbatussauda
😱 Gamat Gold
😱 Minyak Kayu Putih
😱 Herba terpilih

Ramuan ini digabungkan dengan piawaian yang betul agar selamat digunakan sejak bayi sehingga warga emas.

Malah, Minyak Herba Asmak juga telah berdaftar dengan KKM dalam memastikan hanya yang terbaik dan berkualiti diberikan kepada pengguna.

Kami sudah mencubanya, anda bila lagi? Cuba sekarang!

Hubungi👇👇👇
0135819100 (basariah)
0134809100 (nasron)

Mencari pendapatan sampingan di samping membantu orang sekitar anda beroleh kesihatan yang lebih baik? Jom sertai kami di MHAMSB! 😘

Jumaat, Ogos 04, 2017

Apa itu TAHNIK?

Assalamualaikum

Lebih 1436 tahun dahulu, apabila bayi lahir, Rasulullah SAW mengamalkan mengambil secebis kurma dan memasukkannya ke dlm mulut. Rasulullah SAW akan mengunyahnya hingga lembut dan kemudian menyapunya di lelangit bayi yg baru lahir.

Ini dipanggil Tahneek dlm Islam.
- Hari ini BBC News melaporkan dari pakar - sedos gula dlm bentuk gel yg disapu dlm pipi dlm mulut merupakan cara murah dan efektif utk melindungi kerosakan otak bagi bayi yg lahir tak cukup bulan. Inilah sebabnya Muslim mengamalkan amalan Rasulullah SAW tanpa mempersoalkannya. Sains hanya kini baru meneroka tradisi yg telah diperkenalkan 1436 tahun dahulu kerana Islam dari dulu hingga kini masih mendahului segala perkembangan.

Mari berkongsi ilmu, apatah lg sesama Muslim bahawa Islam bukan agama primitif. Subhanallah. Segala puji bg Allah.
********
'Jika sakit kepala di bahagian hadapan kepala, rawatannya adalah tidur. Jika di atas kepala, rawatannya adalah makan & minum air. Jika sakit kepala di bahagian belakang kepala, maka rawatannya adalah cuba menghilangkan stress.

Rawatan utk menambah penglihatan lebih jelas.
- Ini sgt penting utk mereka yg lemah penglihatan dan utk semua. Otot mata bekerja setiap hari yg boleh membawa  kepada penglihatan yg kurang tepat. Demi mengembalikan penglihatan yg baik dan mengekalkannya, kita perlu mengikut sunnah di dlm solat. Kita perlu sentiasa membuka mata setiap kali sujud dan ketika berdiri pula, mata perlu sentiasa fokus kepada titik sujud sepanjang solat. Kelebihan melihat titik sujud ialah ketika rukuk, otot mata akan menekan lensa utk menambah penglihatan dan ketika kita bangun, otot mata akan mengendur. Ketika sujud, lensa akan mengecil disebabkan jarak di antara mata dan lantai. Apabila kita bangun  semula, otot mata akan mengendur semula. Amalan yg kita lakukan setiap hari merupakan antara latihan mata kita. Kita boleh melakukan sebanyak 17 kali atau sebanyak mana yg diingini.
Rasulullah SAW sentiasa mengingatkan utk membuka mata ketika sujud dan kini saintis pula mengesahkan amalan ini utk menambah & memperkukuhkan daya penglihatan. Subhanallah.

Kongsikan tips ini. Moga mendapat keberkatan dari Allah SWT.
- Saintis bukan Islam mengesahkan bahawa kita kini terdedah dengan kuasa caj eletrik lebih besar dari sebelum ini. Ini disebabkan oleh radiasa elektromagnet dari peralatan seperti telefon bimbit, TV, AC, microwave dan sebagainya. Dan sekiranya kita tidak mahu radiasi ini mengancam kita, kita perlu meletakkan dahi di lantai lebih dari sekali sehari kerana bumi boleh menyerap radiasi. Kita sebagai Muslim diberi 5 waktu solat utk menyentuhkan dahi kita ke lantai, iaitu 92 sajadah setiap hari. Subhanallah.
- Setiap perintah Allah ada kelebihannya.
"Which of the favours of your Lord will you deny?"
Surah Rahman.

Jika info ini memberi inspirasi kepada anda, jom kongsikan. Wallahualam.

Khamis, Ogos 03, 2017

Cara memulakan makanan pejal untuk bayi 6 bulan ke atas (Wajib baca bagi yang baru pertama kali bergelar IBU)

Assalamualaikum

Info memulakan solid ketika 6bulan

===========================

1) Anak sudah 6 bulan. Apakah makanan yang sesuai?

Beri makan puri buah/sayur dahulu. Setiap satu jenis makanan beri selama 4 hari berturut-turut sebelum intro yang baru.

2) Sehari berapa kali makan?

Mula-mula 1 kali dahulu. Terpulang mahu beri bila - pagi, tengah hari atau petang/malam. Sebaiknya berikan pada awal pagi. Sebabnya perut bayi baru nak sesuaikan dengan benda baru.

3) Berapa banyak kuantiti makanan yang boleh diberi?

2,3 sudu sudah memadai sekali makan. Tak perlu beri banyak. Nanti perut anak terkejut. Kalau anak makan kurang dari itu, tidak mengapa. Anak baru nak belajar makan, tak boleh harap dia makan macam anak yang dah 4,5 bulan makan.

4) Kenapa tak boleh beri bubur nasi seawal 6 bulan? Bila boleh beri bubur?

Selama 6 bulan anak minum susu semata-mata. Jadi, afdal beri semi-solid seperti puri epal, pear, labu etc (rujuk carta) supaya perut anak tidak terkejut. Nasi sumber karbohidrat. Boleh menyebabkan sembelit. Seeloknya mula beri bijirin seperti nasi pada usia 7 bulan.


5) Puri boleh tahan berapa lama di dalam chiller dan freezer?

Puri di chiller 48 jam. Di freezer, 4 bulan. Sebaiknya buat stok setiap minggu.

6) Cara pengendalian puri apabila hantar ke pengasuh/taska?

Cara pengendalian puri sama seperti cara pengendalian susu ibu.

7) Betik, pisang, avocado dan mangga perlu dikukus sebelum dibuat puri?

Tidak perlu. Lenyek/hancurkan dan terus beri anak makan. Makanan yang sesuai untuk travel.

8) Bagaimana mahu buat puri?
Ada banyak resipi untuk puri


9) Bila beri anak makan, mesti beri air masak?

Ya harus. Once dah makan, sila offer anak air masak. Bukan air mineral ye.

10) Anak 5 bulan lebih. Nampak macam lapar. Semua benda masuk mulut. Boleh beri makan?

Anak pada usia ini memang suka masukkan segala-galanya dalam mulut, termasuk kakinya. Seeloknya tunggu 6 bulan. Biar anak puas menyusu susu ibu sampai usianya 6 bulan. Anak ada seumur hidupnya untuk makan macam-macam.

11) Beri anak makan, tapi anak macam tak suka dan tak mahu makan. Beri air kosong pun tak nak minum.

Benda baru, jadi ambil masa untuk anak biasakan diri dengan rasa dan benda baru. Sabar. Beri sedikit demi sedikit. Lama-lama anak akan terima. Jangan paksa. Nanti anak terus tak mahu makan atau minum air kosong.

12) Anak sembelit/cirit birit. Nak beri makan apa?

Sembelit : Give 'P' (Prune, Papaya, Plum, Pear, Pumpkin). Stop 'BRAT'.

Cirit-birit : Feed 'BRAT' (Bread, Banana, Rice, Apple sauce, Toast). Stop 'P'.

13) Bila boleh beri ikan?

Disarankan 10 bulan ke atas. Sebabnya kandungan merkuri dalam makanan laut susah diproses perut anak. Cth ikan spt salmon, merah, jenahak dll

Makanan laut lain seperti udang, sotong etc - 1 tahun ke atas.

14) Bagaimana nak naikkan berat badan anak?

*Beri avocado utk 6mo. 8mo ke atas, sudah boleh menumis dengan menggunakan unsalted butter, ghee. Extra virgin olive oil (EVOO) boleh bantu naikkan berat. Bayi 6 bulan belum boleh beri EVOO. Tunggu 7mo ke atas. Cream cheese utk 8mo dan Slice cheese utk 10mo.*

15) Tepung apa sesuai untuk anak bawah 1 tahun?

Tepung atta, wholewheat unbleached flour.

16) Kenapa perlu rendam bijirin (beras perang, rolled oats, barli etc)?

Baca, faham dan khatamkan blog Puan Farah Rahim ini :
http://rendambijirin.blogspot.com/


17) Ribena, calciyum, vitagen, nutrigen dan yang sewaktu dengannya, boleh beri pada anak?

Tak boleh. Tak sesuai. Banyak gula, bahan pengawet.

18) Bagaimana penyediaan oats untuk dicampur dengan puree?

Ringkasnya, rendam oats dengan air melebihi paras oats. Letak 2 sudu jus lemon/limau nipis/cuka epal. Biar 7 jam. Lepas 7 jam, bilas dengan air bersih dan masak seperti biasa. Campurkan dengan puri buah/sayur kesukaan anak.


19) Boleh beri ribena, jus buah dan yang sewaktu dengannya?

Tidak perlu. Beri susu dan air kosong sahaja. Kalau mahu beri juga jus buatan sendiri, beri pada usia 1 tahun ke atas. Cairkan. 30% jus + 70% air. Big no to ribena.

20) Apakah 4-day-rule? Kenapa perlu amalkan kaedah ini?

4-day-rule adalah kaedah memperkenalkan satu-satu jenis makanan baharu kepada anak selama 4 hari berturut-turut. Kaedah ini bagi memastikan makanan itu tidak memberi sebarang masalah kepada anak seperti alahan, sembelit, cirit-birit dan sebagainya. Selepas 4 hari, jika anak tiada sebarang masalah menerima makanan tersebut, boleh perkenalkan makanan lain pula. Begitulah rutin tiap kali mahu perkenalkan makanan baru kepada anak.

21) Sepanjang anak berumur 6 bulan, hanya makan puree?

Secara umumnya, ya. Puri buah, puri sayur. 7 bulan boleh mula bubur nasi. Kemudian boleh campur bubur nasi dengan puri buah/sayur yang anak dah lulus 4-day-rule.

21) Boleh perkenalkan makanan sebelum anak 6 bulan?

Seeloknya tunggu 6 bulan. WHO menyarankan 6 bulan juga. Sebabnya sebelum 6 bulan, perut anak belum cukup matang untuk memproses solid. Jika beri terlalu awal, perut akan bekerja keras. Kasihan perut anak. Beri anak makan terlalu awal juga salah satu punca obese di kalangan kanak-kanak.

22) Bolehkah beri buah-buahan kering seperti aprikot, kismis yang warna kuning/asal?

Beri buah-buahan kering yang warnanya hitam dan gelap seperti warna buah kurma.

Ini sedikit penerangan :

Aprikot/kismis warna kuning ada sulfur dioksida yang boleh mencetuskan serangan asma dan boleh membawa maut pada bayi yang mudah terpengaruh.

Sulfur dioksida digunakan sebagai antioksidan di dalam proses pengeringan beberapa buah-buahan kering untuk mengekalkan warna kulit dan rasa.

Sebagai contoh, dalam kismis kuning, peach kering, epal kering dan aprikot kering, sulfur dioksida digunakan untuk buah-buahan ini tidak kehilangan warna dengan menyekat tindak-balas "browning" yang menyebabkan warna buah-buahan itu menjadi gelap dan mengubah rasa mereka.

23) Jenis-jenis minyak zaitun dan bagaimanakah cara penggunaannya?

Extra virgin olive oil (EVOO) adalah hasil perahan minyak pertama dari buah zaitun. Khasiatnya memang tinggi dan tidak perlu di masak. Perlu dititik atau direnjis begitu sahaja ke dalam bubur bayi.

Virgin olive oil (VOO) pula hasil perahan kedua. Yang ini pun elok digunakan untuk dititik atau direnjis dalam makanan/bubur bayi.

Pure olive oil (POO) atau olive oil pula boleh digunakan untuk menumis makanan sama ada untuk bayi atau ibu bayi.

24) Pengenalan pisang utk permulaan solid adalah yang terbaik kerana tidak perlu di masak.

Intro sama ada lenyekkan dan tambah sikit ebm atau pun letak dlm food feeder dan biarkan proses kunyahan berlaku.

25) Kenapa tak boleh letak gula dan garam dlm mknan anak berumur 2 tahun ke bawah?

Dalam setiap makanan sudah Allah jadikan masin, masam, manis, pahit semulajadi di dalamnya. Contoh rasa masin (celery), manis (keledek, labu), masam (tomato, oren) dan pahit (peria). Alangkah hebatnya Allah.

Deria rasa orang dewasa seperti kita tidak sepeka anak kecil sebab macam-macam sudah kita makan dan rasa. Anak kecil/bayi deria rasanya sangat sensitif. Sedikit sahaja rasa masin/manis sudah dapat mereka rasai.

Kalau tidak percaya, cuba sekali kita makan nasi sahaja dahulu sebelum tambah apa-apa kuah/lauk. Bukankan rasa nasi itu lemak manis.


25) Kentang boleh bagi pada baby berusia 6mo? Apakah perbezaan kentang dan keledek ungu?

Kentang 8-10mo. Sweet potato = Keledek 6mo ke atas. Kentang berkanji dan tak banyak khasiat seperti keledek. Sebab itu tidak disarankan seawal 6mo sebab boleh menyebabkan sembelit.

26) Bila boleh intro bayam dan sayuran hijau?

Bayam, sayur hijau yang agak tebal daunnya 10-12mo. kalau baby ada masalah sembelit boleh lambatkan sikit sebab bayam tinggi zat besi yang boleh menyebabkan sembelit

27) Tofu tu kalau dah buka, dah guna separuh lebihnya masuk dalam bekas kedap udara pastu isi air sampai penuh pastu tutup n simpan fridge..selang 2 ari tukar air. Tahan untuk 7hari. Tambah dalam sup sayur, buat tofu kukus berkuah etc. Google sahaja resipi untuk soft tofu.

28) Honeydew boleh buat puree ke? Honeydew boleh 8-10month

SEMOGA BERMANFAAT! 😘

Selasa, Ogos 01, 2017

Cara buat Masker yang sangat mudah

Assalamualaikum

Jom buat masker sendiri!

Langkah dan cara ada diterangkan dalam gambar 👇ye. Selamat mencuba! 😘








Berminat dapatkan bedak Asmak dan madu asli Asmak?
Hubungi 013-5819100(basariah) 😊