Seo Services

Berkira sangat aih!!!

Assalamualaikum


" Mak Cik, 2 ikat 3 riyal sudoh la," kata Leman menawar harga 2 ikat kacang botol yang di jual seorang mak cik tua di kaki lima.

" Ambik lah awe 2 ikat 3 riyal pun," jawab mak cik tua itu perlahan walau hati kurang rela.

Dia risau kalau dia berkeras juga hendak jual RM4 untuk dua ikat kacang botol tu, nanti Leman tak jadi beli. Macam mana dia nak beli beras untuk dibawa balik. Beras kat rumah sudah kehabisan.

*****

" Jap, saya cari duit 5 sen. Rasanya ada ni," kata Leman kepada cashier di butik Polo.

Baju Polo yang dia beli berharga RM295.95. Beli kat butik boh. Baru original. Kat butik mana boleh tawar walau 5 sen.

Sedangkan pemilik jenama Polo dan pemilik butik itu dah kaya yang amat. 'Pitih dio liun-liun doh,' kata ore Kelate.

Tapi makcik penjual kacang botol itu, tinggalnya di atas tanah orang. Anaknya ramai, suami pula belum pulang dari laut. Bergadai nyawa di lautan luas untuk menyara keluarga.

Tetapi begitulah tabiat orang kita. Menawar pada yang kurang memberi pada yang lebih.

Sepatutnya, kalau seikat kacang botol itu harganya RM2, kita beli dua ikat, kita bayarlah RM5 dan cakap,

" Mok cik. Tok payoh bui nyucur lah. Seriyal lagi tu ambo sedekoh."

Takkan kaya kau simpan rm1 dalam poket. Dan takkan menjadikan kau lebih berharta kalau kau menawar pula harga kacang botol untuk dua ikat.

Namun, sedekah RM1 itu mampu memberi senyuman kepada orang tua itu. Mampu membahagiakan dia dan keluarga.

Dan dengan RM1 yang kau sedekah itu, pasti ada satu doa diutus untukmu dari penjual kacang botol di kaki lima.

Apakah mahal RM1 untuk satu senyuman dan satu doa ikhlas untuk kita? Fikirlah sendiri. Fikir dalam-dalam.

Ubahlah sikap suka menawar pada yang tiada. Sebaliknya, kita lebihkan untuk mereka. Marilah kita membudayakan amalan sedekah. Marilah.

.

Copy paste

Kisah ni banyak berlaku dalam kehidupan kita samada kita sedar atau tidak. Dengan peniaga jalanan, bersungguh-sungguh kita minta tawar sedangkan mampu pula kita membeli makanan dan pakaian mahal di butik dan gedung berjenama. Takkan kaya kita dengan rm1 yang kita tawar tu sebaliknya jika disedekahkan,mungkin itulah yang membantu kita kelak.



Mencari penawar buat asma, batuk dan semput? Jom ikhtiar dengan produk Asmak. Agen dan dropship diperlukan. Hubungi 013-5819100(basariah). 

Cod teluk intan
Pos seluruh Malaysia
Berkira sangat aih!!! Berkira sangat aih!!! Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Mac 28, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.