Seo Services

Bayi sembelit? kenali simptom dan cara rawatan

Assalamualaikum

Sembelit dan bayi anda..info penting anda perlu tahu!

Bagaimanakah saya tahu bahawa bayi saya sembelit?

Sembelit jarang berlaku pada bayi yang masih kecil, terutamanya yang masih menyusu badan walaupun ia mungkin menjadi masalah kepada bayi yang lebih berusia apabila mula makan  makanan pejal.

Bayi-bayi yang diberikan susu ibu akan membuang air besar beberapa kali sehari dalam beberapa minggu pertama dan kemudian hanya satu atau dua kali sepanjang minggu. Walaupun najisnya lembut atau cair, kadang kala semua bayi perlu meneran untuk mengeluarkannya. Malah , anda  akan sedar akan kerut dan dengus bayi anda apabila dia sedang membuang air  besar.

Bayi-bayi yang diberikan susu formula akan membuang air besar sekali sehari, walaupun sesetengahnya mungkin akan membuang air besar sekali dalam setiap tiga atau empat hari. Inilah bukanlah perkara yang tidak normal, kecuali jika najisnya keras dan berketul-ketul. Sembelit berlaku apabila najis dibahagian bawah usus ditekan oleh otot yang menjerut, yang akan melambatkan pengluarannya dan semakin lama ia disitu ia akan menjadi lebih keras dan kering.

Apakah simptom-simptom sembelit?
Bagi bayi-bayi yang berusia kurang dari tiga bulan, sembelit jarang berlaku walaupun bayi anda diberikan susu formula.

Sesetengah bayi akan mendengus dan meneran pada setiap pengerakan, walaupun tidak semestinya disebabkan sembelit. Tetapi, jika bayi anda menangis dan kelihatan tidak selesa, periksalah dengan pakar pediatrik anda. Jika bayi anda mengeluarkan najis pejal kurang daripada sekali sehari, ini biasanya adalah sembelit.

Bagi bayi yang lebih berusia dan sudah mula makan makanan pejal, simptom-simptomnya termasuklah:
• Meragam, sakit abdomen dan gastrik.
• Abdomen yang keras.
• Sakit abdomen yang mengurangkan pembuangan air besar.
• Najis bercampur darah, selalunya berpunca dari luka (fisur) rektum yang disebabkan oleh najis yang keras.
• Najis yang sukar dikeluarkan dan berketul-ketul.

Kenapakah sembelit berlaku?

Seorang bayi akan sembelit jika dia tidak mendapat cecair yang secukupnya. Jika masalah ini berlarutan ,anda mesti membawanya untuk pemeriksaan. Mulanya, doktor akan memastikan bahawa bayi tidak menghidapi penyakit atau sembelit itu akibat fisur dubur.

Bagaimanakah saya boleh merawatnya?

Anda perlu bertanya dengan pakar pediatrik anda sebelum mencuba apa-apa untuk melegakan keadaan bayi anda.

Bagi bayi yang lebih berusia yang makan makanan pejal, Tanya doktor anda sama ada sesuai jika ditambah beberapa sudu buah prun yang dipurikan ke dalam makanan paginya atau diberikan dua sudu jus prun.

Sesetengah pakar  menyarankan supaya menambah satu sudu tehbijian bran ke dalam bijirin bayi anda untuk menambah serat. Tetapi jangan terlebih tambah. Cuba berikan bayi anda buah-buahan dan sayur-sayuran, supaya dia mendapat serat secukupnya.

Cara-cara berikut juga dapat membantu:
• Cuba gerakan kaki bayi anda jika dia sembelit. Ini akan membantu mengerakkan  najis didalam ususnya.
•  Jika dia makan makanan pejal, kurangkan makanan penyebab sembelit seperti nasi, pisang atau bijirin.

Sembelit pada bayi adalah perkara biasa, terutamanya apabila mereka mula makan makanan pejal sebab badan mereka baru belajar bagaimana menguruskan makanan baru.

Dengan perhatian anda dan rawatan yang baik, lama- kelamaan, dia akan membuang air besar dengan mudah dan tetap.

Minyak Herba Asmak boleh membantu bayi mengatasi masalah sembelit dan memberi keselesaan pada perut bayi. Dapatkan sebotol untuk bayi kesayangan anda.

Hubungi: 013-5819100(basariah)
Cod teluk intan
Pos seluruh malaysia.
Bayi sembelit? kenali simptom dan cara rawatan Bayi sembelit? kenali simptom dan cara rawatan Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Mac 16, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.