Seo Services

Warna Najis Bayi yang Perlu Ibu Tahu

Assalamualaikum

.
Bertalu-talu soalan tentang keadaan najis bayi yg kak mar dapat daripada ibu-ibu..ibu-ibu akan jadi sangat PANIK bile nampak WARNA NAJJIS bayi lain macam jee..
.
Kadang-kadang pula, hati jadi risau tak terkata bila najjis yang di tunggu-tungu tak kunjung tiba..aduhai! begitulah betapa pekanya ibu-ibu terhadap NAJIS BAYI! Jadi, untuk memudahkan ibu-ibu semua, mari kak mar SHARE “KOD WARNA” najjis bayi yang normal dan tidak normal sebagai panduan buat ibu-ibu.
WARNA NAJIS BAYI NORMAL..
.
 WARNA HIJAU KEHITAMAN
Merupakan NAJIS PERTAMA BAYI. Najis ini mengandungi semua benda yg di telan oleh bayi di dalam PLASENTA ibu sebelum di lahirkan.
.
Teksturnya sangat melekit. Jika bayi tidak mengeluarkan najjis ini di dalam masa 48 jam selepas di lahirkan, ibu patut memberitahu doktor atau misi yang datang memantau ibu.
.
 WARNA KUNING KECOKLATAN
Dalam masa seminggu selepas di lahirkan, bayi yang menyusu badan biasanya akan poo poo sebanyak 3-4 kali sehari.
.
Teksturnya lembut dan sedikit berbiji. Selepas seminggu, mungkin corak kekerapannya membuang air besar akan berubah. Mungkin sehari sekali atau seminggu sekali. Tiada apa yang perlu ibu risaukan ye sekiranya bayi menyusu badan dengan secara normal dan aktif ye.
.
 WARNA COKLAT
Bayi yg di beri susu formula akan mendapat najjis yg berwarna sedikit gelap atau perang berbanding bayi yang menyusu badan. Ia selalunya diiringi dengan bau yg agak kuat berbanding bayi menyusu.
.
Kepekatan dan teksturnya adalah seperti mentega kacang ☺
Walaubagaimanapun, adalah normal juga untuk mereka membuang najjis berwarna kekuningan atau kehijauan.
.
 WARNA COKLAT KEHIJAUAN, HIJAU GELAP
Ramai ibu yang berasa pelik dan mungkin sedikit panik apabila najjis bayi mereka berwarna hijau. Biasanya warna hijau di sebabkan oleh sumber zat besi dalam dietnya.
.
Kadangkala, buah-buahan yang di makan atau di minum sebagai jus juga boleh menyebabkan warna hijau atau tona hijau gelap yang seangkatan dengannya.
.
 WARNA HIJAU CERAH
Ini ialah tanda2 ada masalah penyusuan ibu..Adakah ibu-ibu betul-betul memastikan sebelah missB kosong, sebelum memberikan bayi menyusu di sebelah lagi? Apabila ibu TIDAK berbuat demikian, bayi kurang mendapat susu penuh lemak yang terkandung dalam missB ketika ia hamper kosong.
.
Oleh itu, cuba pastikan bayi ibu-ibu “mengosongkan” sebelah missB sebelum menyusu pada sebelah lagi dan lihat perubahan najisnya.
.
Jika bayi anda tidak bergerak aktif dan kerap menangis, jangan teragak-agak untuk mendapatkan nasihat doctor. Ini kerana, warna hijau cerah juga boleh berpunca daripada jangkitan virus.
.

RISAU TAK? JANGAN AMBIK MUDAH..
.
Nak tahu anak cukup khasiat atau tak, boleh ja tengok najisnya, sebab ia bersangkut dengan apa yg dimakan

#copy n paste



Bayi anda sembelit? Sapukan Minyak Herba Asmak di perut, tapak kaki, labu betis dan bahagian pinggang. In shaa Allah sembelit hilang, baby akan riang 😊


Warna Najis Bayi yang Perlu Ibu Tahu Warna Najis Bayi yang Perlu Ibu Tahu Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Februari 01, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.