Seo Services

Wajib ke baca Al Quran setiap hari?

Bila ada ibu bertanya,

"Ustazah, saya sibuk sangat setiap hari. Tak sempat baca Al-Quran. Balik rumah kerja banyak, saya kerja..camana ya Ustazah?"

Saya takde jawapan.
Serius saya takde jawapan.

Sebab pada pendapat saya..Al-Quran bukan aktiviti sampingan yang aci buat sahaja..ia adalah KEWAJIPAN. 1 kewajipan kepada kita walau sesibuk manapun kita.

Apatah lagi untuk kita yang bergelar isteri dan ibu..emosi turun naik. Ujian datang kiri kanan depan & belakang..Sampai kadangkala kita terduduk. Sedih sangat mengenangkan nasib diri..Sebab tu sahabatku, Kita sangat perlukan Al-Quran.

Jiwa akan sakit kalau tak baca Al-Quran dalam sehari.
Hati akan lemah kalau tak mentadabbur Al-Quran berhari-hari.
Kita jadi serabut, keliru tak tentu hala..
Rasa nak marah, gelisah sepanjang masa.
Itu tak kena,ini tak kena.

Saya faham..kita sibuk..
Tapi adakah itu jawapan yang kita nak bagi di depan Allah nanti?
Malu sangat dengan Allah..
Macam-macam nikmat Allah bagi kita.
Kita nak kahwin..Allah bagi suami yang baik..
Kita nak anak..Allah bagi anak-anak yang comel..
Kerjaya yang best..
Kawan-kawan yang memahami..
Tapi bab Al-Quran kita berkira sangat..kenapa?

Sibuk apa sebenarnya kita?
Sedang Al-Quran itu ayat Allah, yang jadi panduan untuk kita melangkah di atas bumi sehari-hari..

[TIPS UNTUK DEKAT DENGAN AL-QURAN ]

+Pertama sekali, paksa diri. Mula-mula memang susah. Bila dah jadi rutin, insyaAllah susah sangat nak tinggal..Tengah pangku anak pun kita rasa tak sabar nak baca Al-Quran.

+ Kalau tak pandai,belajar. Jangan Malu. Ia Fardhu Ain ke atas diri kita. Biar malu atas dunia, jangan kita malu di akhirat sana.

+Rutinkan setiap pagi baca Al-Quran. Bangun awal sebelum Subuh. Tak banyak page pun takpe janji konsisten. Bila ada masa, baca lagi. Jadikan rutin. Alah bisa tegal biasa.

+MUJAHADAH. Sakit nak buat, susahnya Ya Allah.. Tapi lawan malas tu. Lawan segala alasan tu. AKU BUAT KERANAMU YA ALLAH. Aku nak dekat dengan Al-Quran. Moga dengan membaca & mentadabbur Al-Quran aku makin mengenali zat dan kekuasaanMu Ya ALLAH.

InsyaAllah bila kita ikhlas nak berubah Allah akan tolong. YAKIN SAHABAT! :)

#bacaALQURANhatitenang
#berubahkeranaAllah
#impiHusnulKhatimah

Cnp
Wajib ke baca Al Quran setiap hari? Wajib ke baca Al Quran setiap hari? Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, November 11, 2016 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.