Seo Services

Pengalaman Operate (Bahagian 1)

Assalamualaikum

Maaf lama tak 'update'. Sebaik keluar dari hospital dan buat entry pertama hari tu, tetiba luka pembedahan berdarah dgn banyak..Cepat-cepat saya telefon suami dan kami bergegas ke klinik terdekat. Doktor rawat dan cuci luka serta balut semula dgn yang baru.

Mc yang dapat 3 hari dari Hospital Pantai tu nampak gaya terpaksa disambung. Suami saya diajar oleh doktor klinik tu cara untuk bersihkan luka dan balut semula. Kalau di bahagian depan bolehla nak buat sendiri, ni di bahagian belakang terpaksa minta suami buatkan.

Masuk hari keempat, mc hospital dah habis, kami ke klinik yang sama untuk cuci luka dan dapatla mc sehari.Saya minta sehari je sebab hari Jumaat tu cuti peristiwa dan Sabtu ada appointment dgn doktor di hospital pantai tersebut.

Doktor di klinik tu pun pelik luka saya masih berdarah dan nasihat kpd saya dapatkan cuti tambahan lagi seminggu. Oh, beratnya rasa hati!






Pada Sabtu tersebut kami ke hospital Pantai dan doktor pakar tersebut pun buka jahitan. Katanya luka ok je..Darah dah xde..(yela tu..) Mcm x caya je..Tapi dia bagi saya Mc sampai hujung bulan ni suruh berehat.

Sampai je rumah tgk dressing yng dibuat doktor tadi ada je darah..banyakla jugak..terpaksa suami saya jadi nurse dan tukar.

Ikut hati, saya xnak guna mc seminggu ni. Nak juga ke sekolah. Tapi memandangkan sampai pagi Isnin tu luka masih berdarah, mc tersebut terpaksa juga digunakan. Huhu..sedihnya. Kesian pelajar-pelajar saya.. (T T)

Sampai ke saat ini, darah masih keluar dari luka..Mungkin disebabkan luka tersebut di kawasan yang mudah berlakunya pergerakan, maka ia payah nak sembuh betul. Bila bergerak je..mulalah berdarah tapi dah semakin kurang.

Suami saya pun dah belikan ubat utk cepat sembuh luka di samping saya yang sentiasa minum air stevia utk kuatkan antibodi badan. Kadang-kadang luka tu pun saya titiskan stevia nak bagi cepat kering dan lega.

Doakan saya sembuh sepenuhnya. Tak sabarnye nak ke sekolah!!!


 

To be continue...
Pengalaman Operate (Bahagian 1) Pengalaman Operate (Bahagian 1) Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Januari 29, 2015 Rating: 5

1 ulasan:

  1. Mulianya hati cikgu. Sakit2 pun masih ingat anak2 murid. Murid2 ntah ingat mcm tu ke tidak ke cikgu dia. Harap2 cepat sembuh ye cikgu.

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.