Seo Services

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah cikgu sekeluarga dah selamat tiba di Kedah petang semalam..Jalan pun masih lancar dan tak sesak lagi..Seronok betul Mat Razin bila sampai ke kampung..

Di kesempatan yang ada ini, cikgu nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDLIFITRI buat semua yang mengenali cikgu..Maafkan segala salah dan silap (andai ada)..dan jemputlah datang beraya di rumah cikgu di Kota Sarang Semut, Kedah..

Esok ada cerita Kabhi Kushi Kabhi Gham..Cerita yang sangat sedih dan menyentuh hati..setiap kali tengok pun mesti tangkap leleh punya..Hehe..

Selamat hari raya buat semua rakan blogger dan buat yang baru nak bertolak ke kampung hari ini, pandu dengan cermat dan berhati-hati..Semoga anda semua selamat tiba di destinasi yang ingin ditujui dan menyambut lebaran dengan penuh kemeriahan dan kesyukuran..



Wassalam..
Selamat Hari Raya Aidilfitri!! Selamat Hari Raya Aidilfitri!! Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Ogos 17, 2012 Rating: 5

2 ulasan:

  1. salam Aidilfitri. mai singgah lagunamerbok ambil kad raya.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum my dear TB,
    Slmt hari raya..
    Maaf andai ada salah dan silap akak ya..
    Jaga diri baik2
    :-)

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.