Rabu, Oktober 18, 2017

Cara rawat gastrik

Assalamualaikum

BROCCOLI DAN YOGURT:  BOLEH MERAWAT MASALAH GASTRIK

Gastrik ataupun gastritis merupakan salah satu penyakit yang selalu dialami oleh masyarakat. Pesakit akan mengadu pedih pada ulu hati, selalu sendawa dan kurang selera makan.

Majoriti daripada kes gastrik adalah disebabkan jangkitan bakteria H. pylori. Bakteria H. pylori mampu menguraikan lapisan pertahanan perut yang menyebabkan asid yang dirembeskan menghakis dinding perut.

Disebabkan perkara itu, pesakit akan mengadu simptom pedih hati. Bahkan, bakteria ini mempunyai kaitan yang dan dikatakan salah satu punca kanser perut dikalangan manusia

Kebanyakkan daripada pesakit akan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Jika simptom selalu berlaku, kamera akan dimasukkan ke dalam bahagian perut untuk melihat keadaan dinding perut berserta punca berlakunya masalah gastrik tersebut. Sedikit sampel daripada perut akan di ambil untuk mengesan kehadiran bakteria H. pylori.

Apakah permakanan yang sesuai untuk membunuh bakteria H. pylori?

Ramai yang tidak tahu terdapat dua makanan yang mampu membantu dalam rawatan H. pylori jesteru dalam menyelesaikan masalah gastrik. Ia adalah:

1) Broccoli

Broccoli adalah salah satu makanan yang senang di dapati di Malaysia. Sayur ini mengandungi serat dan vitamin yang tinggi. Malah ia mempunyai satu kompaun yang mampu membantu pesakit gastrik yang disebabkan jangkitan H. pylori.

Kompaun tersebut adalah Glucoraphanin. Ia merupakan salah satu kompaun yang tinggi di dalam broccoli. Apabila memasuki badan, kompaun ini akan ditukarkan kepada kompaun sulforaphane yang merupakan kompaun aktif dan mampu membunuh bakteria H. pylori

Sebelum ini kompaun sulforane telah terbukti di dalam makmal di mana ia mampu membunuh kuman H. pylori.

Pada tahun 2009, satu uji kaji pada manusia telah dibuat. Dimana kumpulan manusia yang mempunyai jangkitan H. pylori mempunyai kadar penuruan bakteria tersebut apabila mengambil broccoli secara kerap. Ini menunjukkan bahawa broccoli merupakan salah satu makanan yang mampu merawat penyakit gastrik

2) Yogurt

Kajian yang diterbitkan di dalam ‘American Journal of Clinical Nutrition’ telah menemukan bahawa yogurt yang mengandungi tinggi probiotik mampu memberi kesan kepada H. pylori ketika dalam proses rawatan.

Ia disebabkan yogurt mengandungi banyak bakteria baik yang membuatkan badan lebih senang menghapuskan bakteria H. pylori di dalam perut.

Oleh itu, jika anda selalu menghadapi masalah pedih ulu hati dan kerap mengambil ubat untuk masalah tersebut, mungkin melebihkan sedikit pengambilan Broccoli dan yogurt mampu membantu masalah perut anda

Nasihat tambahan untuk mereka yang mengalami masalah gastrik

- Kurangkan atau berhenti merokok kerana ia akan meningkatkan penghasilan asid di dalam perut

- Kurangkan minum kopi

- Pengambilan makanan yang kerap. Tetapi kuantiti makanan perlu dikurangkan. Ini dapat memberi perlindungan kepada dinding perut supaya ia tidak terhakis dengan asid dalam perut
Kurang stress. Ini kerana ia juga boleh meningkatkan penghasilan asid dalam perut

- Kurangkan ataupun berhenti mengambil alkohol

Rujukan:
1. Akinori Yanaka, Jed W. Fahey, Atsushi Fukumoto, Mari Nakayama, Souta Inoue, Songhua Zhang, Masafumi Tauchi, Hideo Suzuki, Ichinosuke Hyodo and Masayuki Yamamoto. Dietary Sulforaphane-Rich Broccoli Sprouts Reduce Colonization and Attenuate Gastritis in Helicobacter pylori–Infected Mice and Humans
Cancer Prev Res April 1 2009 (2) (4) 353-360; DOI: 10.1158/1940-6207.CAPR-08-0192

2. Bor-Shyang Sheu, Hsiu-Chi Cheng, Ai-Wen Kao, Shan-Tair Wang, Yao-Jong Yang, Hsiao-Bai Yang, and Jiunn-Jong Wu. Pretreatment with Lactobacillus- and Bifidobacterium-containing yogurt can improve the efficacy of quadruple therapy in eradicating residual Helicobacter pylori infection after failed triple therapy
Am J Clin Nutr April 2006 83: 4 864-869

Kredit kepada penulis asal

Tahukah anda, bedak Asmak diperbuat daripada tanah liat koalin berkualiti tinggi yang dipercayai dapat mengurangkan sakit gastrik. Caranya cuma bancuh sesudu bedak asmak dengan air suam dan diminum.

Ingin dapatkan bedak asmak ini? Hubungi: 0135819100 (cikgu basariah)

Selasa, Oktober 17, 2017

Asmak Baby Care

Assalamualaikum

Memperkenalkan

👇
Asmak Baby Care

Penjagaan pertama bayi bermula dengan ABC-Asmak Baby Care
Selembut belaian ibu

Asmak Baby Care adalah set produk bayi natural yang diperbuat dari herba dan bahan semulajadi.Ianya bebas dari bahan kimia yang berbahaya.Diperbuat dari bahan berkualiti tinggi,suci dan selamat untuk digunakan oleh bayi anda.Asmak Baby Care berdaftar dengan KKM dan sentiasa dipantau kualitinya oleh pengeluar dari semasa ke semasa.Sesuai digunakan oleh bayi dan kanak-kanak.Kini anda tidak perlu risau lagi kerana Asmak Baby Care mampu mengekspresikan kasih sayang seorang ibu kepada anak melalui khasiat bahan alami,baunya yang harum dan teksturnya yang halus.

Khasiat bahan dalam setiap kandungan produk Asmak Baby Care

Shampoo Bayi (Top to Toe)

Aqua - Menjadikan rambut lebih halus, lembut, dan ringan
Menjadikan rambut wangi setiap masa
Eucalyptus oil (minyak kayu putih) - Mengurangkan kulit kepala gatal dan mengatasi masalah kutu pada rambut
Chamomile flower - Mengatasi kelemumur atau kerak kepala bayi dan merawat ekzema
Rose flower - Memberi kelembapan pada kulit kepala dan rambut, mewangikan rambut, dan mengatasi keradangan kulit kepala.
Vit E - Menyinarkan rambut, melebatkan rambut, mengurangkan masalah rambut kusut dan bercabang, menyihatkan rambut dan menguatkan rambut.
Jojoba oil - Melembutkan rambut, mengatasi masalah rambut kering, dan meningkatkan pertumbuhan rambut,
Apricot oil - Melembapkan rambut, memelihara rambut hingga ke akar dan menyinarkan rambut.

Losyen bayi

Aqua - Memutihkan kulit, mempercepatkan proses pemulihan luka, menghilangkan parut luka
Clove oil - Sumber antioksidan, menjadikan kulit lembut dan menghilangkan bekas-bekas parut
Ginger oil - Melegakan gangguan kembung perut, menjadi penahan rasa sakit, boleh dijadikan sebagai antiseptik, baik pulih sistem pernafasan
Portulaca ext - membuang sel kulit mati, mencerahkan kulit, manjadikan kulit berasa lembut

Essential oil

Clove oil - Sumber antioksidan, menjadikan kulit lembut dan menghilangkan bekas-bekas parut
Nutmeg oil - melegakan kesakitan otot, tidur yang lebih baik
Peppermint oil - mengurangkan gatal pada kulit, menyembuhkan sakit kepala dan terapi sendi serta meringankan alergi
Sweet Almond oil- melembabkan kulit, mencegah keradangan kulit, menjadikan kulit lebih lembut dan halus dan melindungi kulit daripada sinaran uv berbahaya.

Bedak Bayi

Kaolin - keradangan kulit tertentu seperti lecet, bisul , dan keradangan kulit
Ekstrak Portulaka - mencegah bakteria
Papaya ext - membuang sel kulit mati, mencerahkan kulit, manjadikan kulit berasa lembut
Lavender essential oil - mengurangkan penyakit proriasis, menyembuhkan luka dan 'sunburn', mengurangkan kegatalan pada kulit

Sevenis Hair Oil

Light Mineral Oil - Berfungsi mengekalkan kelembapan, mencegah rambut daripada kusut, dan membuat rambut tampak lebih bercahaya.
Tea Tree Oil - Melembapkan kulit kepala dan mengurangkan kelemumur dan rambut gugur
Babassu Oil - Menyegarkan kulit kepala
Virgin Coconut Oil - Melembutkan rambut , mengurangkan rambut gugur dan kelemumur
Castor Oil - Melebatkan rambut
Olive Oil - Mengurangkan rambut gugur, memberi kelembapan dan menyihatkan rambut
Argan Oil - Merawat rambut rosak dan menguatkan rambut hingga ke akar

Isnin, Oktober 16, 2017

Rahsia bawang putih

5 fakta BAWANG PUTIH yang anda tidak tahu

1. Bawang putih bukan sayuran
- ia termasuk kategori herba dan penambah rasa je tau.

2. Makan secara mentah lebih banyak khasiat
- memasak bawang putih mengurangkan khasiat bawang putih walaupon memang tak dinafikan rasa selepas dimasak jauh lebih sedap. Benda sedap jarang jadi ubat. Betoi tak?

3. Bawang putih mentah boleh kurangkan sakit sendi
- caranya? Gosok pada tempat yang sakit. Tapi, sila tahan bau dia ye. Yang pasti, vampire kompom tak mai dekat korang.

4. Bawang putih boleh hilangkan kulat kaki
- rendam kaki yang 'wangi' dan berkulat itu ke dalam rendaman air bawang putih. Segala kulat akan pengsan dan meninggal secara automatik.

5. Bau bawang putih kalah dengan epal dan pudina
- dengan syarat, selepas dah makan bawang tu cepatla kunyah epal dan pudina. Tetiba teringat iklan wringleys chewing gum dulu-dulu. Siapa ingat, sila angkat tangan!

Psst..nak habaq ni, JUS ASMAK GOLD ada bawang putih tau. Tapi kan, memang tak rasa pon pedaq atau bau 'wangi' bawang putih tu. Yang akan dirasai hanya khasiat dia ja.

Jom cuba Jus Asmak Gold hari ni!

#asmakdiamond
#diamondMhamsb

Sabtu, Oktober 14, 2017

Cuti seminggu sempena Deepavali

Assalamualaikum 😊



Cuti sekolah dah mula.

Jom kekalkan tenaga dan stamina melayan karenah anak-anak di musim cuti ni dengan madu halia bentong.

Sedap dimakan begitu sahaja. Lagi sedap dibuat kordial untuk minuman seisi keluarga.
Cikgu suka titis stevia sikit lagi umphhh.

Nak buat air teh hali pon best tau guna madu halia bentong ni.

Halia bentong adalah antara halia termahal dan terekslusif di dunia. Kaedah penanaman lereng bukit dengan sumber air bersih yang baik menjaga kualiti halia ini.

Sebotol 200ml berharga rm59. Sangat berbaloi untuk dimiliki.

Hubungi cikgu di talian 0135819100 ye.

Selamat bercuti buat para guru dan pelajar 😘

Jumaat, Oktober 13, 2017

Kelebihan surah Al Ikhlas

Assalamualaikum

💜 *SURAH AL-IKHLAS* 💜

"Jangan Terlalu Memandang Bintang Di Langit Hingga Kita Terlupa Rumput Di Bumi"

*Keberkatan Surah Al-Ikhlas*

Ketika *Memulakan Kerja*
bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan *keluarlah iblis dan syaitan* yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum *Masuk Ke Rumah*
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali). Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca Bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah *bersolat* kerana Salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

*Ketika Sakit*
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby.

*Khatam al-Quran*
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: "Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juz Al-Quran.

*Pahala Membacanya*
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Ketika saya (Rasulullah SAW) Israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka :
"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan."
Sabda Rasulullah SAW lagi : Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya,
• _Qul Huwallahu Ahad_ itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s,
• _Allahhus Somad_ itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
• _Lamyalid walam yuulad_ tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s,
• _Walam yakullahu kufuwan ahad_ tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota :
Sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW : "Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat".

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:
(1) Sedekah/amal jariahnya,
(2) Doa anak-anaknya yang soleh dan
(3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Allah Berkata: "Jika kamu menyangkal Aku di depan teman-temanmu, Aku akan
menyangkal kamu pada saat hari penghakiman..."

Rasulullah SAW bersabda,
"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg
mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.

SUBHANALLAH..!
I hope today Ya اَللّهُ :

✔ Muliakanlah yang membaca pesan ini
✔ Lapangkanlah hatinya
✔ Bahagiakanlah keluarganya dan
✔ Luaskan rezekinya seluas lautan yang engkau ciptakan
✔ Mudahkan segala urusannya
✔ Kabulkan cita-citanya
✔ Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar
✔ Jauhkan dari segala Musibah
✔ Serta terimalah semua amal ibadahnya, dan
✔ Kelak jadikanlah dia sebagai penghuni Surga-MU.

 آمِّيْنَ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Kredit kepada penulis asal


Ingin mencuba Jus asmak gold?
Hubungi: 013-5819100 (cikgu basariah)

Khamis, Oktober 12, 2017

Langkah mengawal hormon estrogen pada wanita

Assalamualaikum

Hormon estrogen sangat penting untuk wanita. Namun, hormon ini yang berlebihan memberi kesan yang kurang baik pula tambahan jika hormon ini menyebabkan ketidakseimbangan dengan hormon progesteron.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGURANGKAN PENGARUH HORMON ESTROGEN PADA WANITA

Punca sebenar bagi penyakit2 yang berkaitan dengan peranakan wanita seperti ketumbuhan fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara tidakalah diketahui .

Baka memainkan sedikit peranan, tapi punca2 sekitaran saperti kelemahan immunity, toksin, dan hormone estrogen yang berlebihan dalam tubuh badan wanita serta ketidak seimbangan antara hormone estrogen dan progesterone lebih berperanan dalam ketumbuhan tersebut

Dalam keadaan biasa, hormone Estrogen adalah sangat penting bagi fungsi2 edaran haid, kesuburan, kehamilan, sifat2 kewanitaan, kecantikkan,  fungsi2 seks, bentuk badan dan lain2..

Tindakan2 estrogen terhadap tisu2 biasanya diseimbangkan oleh hormon kedua wanita iaitu hormon Progesteron, yang hanya dikeluarkan jika wanita mengalami penetasan telur/ovulation. Banyak situasi yang menyebabkam wanita  tidak mengalami penetasan telur / ovulation.

Oleh itu, kekurangan hormone Progesteron boleh menyebabkan hormone Estrogen bertindak sewenang-wenangnya.

 Beberapa situasi yang menyebabkan hormon Estrogen meningkat ialah kegemukan atau obesity. Lemak- lemak yang berlebihan boleh menggalakkan pembentukkan estrogen serta pengurangan Progesteron.

Selain daripada kilang telur, sumber lain bagi estrogen ialah kilang adrenal yang terletak di atas buah pinggang.  Wanita – wanita yang mengalami masalah pembengkakan ovary seperti Polycystic ovaries Syndrome (PCOS) juga sering mengalami masalah hormon Estrogen yang berlebihan dan kekurangan hormone Progesteron.

Oleh itu, saya cadangkan  beberapa langkah untuk mengawal tindakan atau pengaruh Estrogen agar ketumbuhan yang dinyatakan di atas dapat dikurangkan. Estrogen dibentuk dari cholesterol melalui rangkaian tindakan biokimia, dan enjim aromatase diperlukan.

Langkah2 mengawal estrogen.

1, Kekalkan berat badan ketahap yang sesuai mengikut kiraan BMI kerana kegemukan boleh menggalakkan penghasilan Estrogen yang berlebihan.

2.Lakukan senaman kerana senaman mempunyai pelbagai faedah di antaranya dapat mengimbangkan hormone Estrogen dan Progesteron

3.Mengawal stress.  Selain boleh meningkatkan hormone cortisol/steroid, stress juga mempunyai pelbagai pengaruh yang boleh mengancam kesihatan wanita.  Ia juga meningkatkan tahap Estrogen.
Oleh itu, ambillah langkah- langkah mengawal stress  seperti membaca Al-Quran, solat, berzikir, berselawat ,bersenam selama 30 minit sehari, yoga dan yang paling mudah adalah dengan melakukan deep breathing exercise.
Deep breathing exercise ini boleh dilakukan di mana- mana setiap satu atau dua jam. Ini dapat menenangkan fikiran dan sekaligus dapat mengimbangkan hormon Estrogen dan Progesteron.

Pengambilan makanan yang berkhasiat.

 Ada beberapa jenis makan yang bertindak mengawal tahap Estrogen iaitu:

4.Buah delima/ promegranate
Pengambilan buah delima atau mengamalkan jus delima setiap hari akan memberi pelbagai faedah kesihatan. Antaranya ialah  mengawal tekanan darah, mengurangkan arterosclerosis dan juga boleh mencegah/ mengurangkan risiko sakit jantung.
Seterusnya, ia juga bertindak sebagai anti-estrogen dengan mengawal enzim yang digelar aromatase enzim yang biasanya menggalakkan peningkatan Estrogen.

5.Sayur- sayuran
Sayur- sayuran seperti brokoli, kobis, bunga kobis, sawi dan bayam mempunyai kandungan chlorophyll yang  bertindak mengawal penghasilan hormone Estrogen. Ia juga mengandungi sterol yang memang bertindak mengawal pembentukan Estrogen.

6.Minyak zaitun (Extra virgin olive oil)
Minyak zaitun ini jika diamalkan setiap hari, ia boleh mengawal tahap Estrogen dalam tubuh wanita melalui satu kandungannya yang digelar lutreopin yang juga mengawal /menindas tindakan enzim aromatase (enzim yang bertanggungjawab dalam penghasilan estrogen)  di mana sekaligus mengawal penghasilan hormone Estrogen yang berlebihan

7. Cendawan
Cendawan yang dikatakan boleh mencegah enzim aromatase ialah cendawan butang atau cendawan Shitake yang bukan sahaja mencegah penghasilan Estrogen, ia juga boleh mengawal kanser.

8. Biji anggur (grapeseed)
Biji anggur mengandungi pelbagai bahan resveratrol dan lain- lain polyphenol yang banyak mempengaruhi kesihatan manusia.  Di antaranya ialah, mencegah penyakit jantung dan angin ahmar. Ia juga bertindak mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita.

9.Chia Seed
Chia seed merupakan bahan yang berguna untuk mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita.  Begitu juga flexseed.  Chia seed mengandungi omega 3 yang tinggi di samping vitamin – vitamin lain juga yang mempunyai faedah dalam kesihatan wanita.

10. Oats
Oats adalah makanan yang sering diambil pada waktu sarapan. Ia juga diketahui mengandungi bahan steroidal saponins untuk mencegah tindakan enzim aromatase yang seterusnya menggalakan penghasilan Estrogen.

11. Buah – buahan citrus
Buah buahan citrus seperti lemon,limau kasturi, limau bali, limau nipis di samping mangandungi vitamin C,dan anti-oksidan,  ia juga mengandungi unsur anti-estrogen
Minum air limau kasturi (2 biji ), sebiji limau nipis atau sebiji lemon diperah juz kedalam segelas air suam dan dicampur satu sudu madu. Amalkan setiap hari.

12. Bawang- bawang
Bawang banyak digunakan sebagai rencah dalam makanan kita. Di samping megandungi bahan- bahan yang mengandungi anti-oksidan ,ia juga boleh mencegah serangan sakit jantung.  Ia juga mengandungi  bahan dipanggil quercetin, sejenis flavonoids yang mengurangkan tahap Estrogen dalam badan.

13. Kunyit
Kunyit mengandungi banyak khasiat Kesihatan di antaranya dapat mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita.  Mengamalkan kunyit/perahan air kunyit 2-3 kali seminggu dikatakan baik untuk mengimbangkan hormone Estrogen dan Progesteron

14. Algae ( spirulina/ chlorella)
Algae diketahui ada kesan mengawal pembentukan Estrigen dalam badan. Algae boleh diamalkan untuk mengimbangkan hormon wanita.

15. Makanan – makanan fermented
Makanan fermented daperti Tempe, yogart, kimchi, diketahui mempunyai pelbagai faedah  dan juga berbillion bacteria baik untuk badan dan melawan bacteria yang berbahaya untuk usus kita. Ia juga mempunyai kesan anti - Estrogen

16.Minyak kelapa Dara
Minyak kelapa dara diketahui mempunyai kesan anti-Estrogen

17. Bawang Putih
Bawang putih mempunyai pelbagai kesan untul mengawal peredaran darah dan mengurangkan risiko sakit jantung dan angin ahmar. Ia juga mempunyai kesan anti – Estrogen.

18. Daun Kuchai
Daun Kucai juga mempunyai bahan – bahan yang bertindak sebagai anti-Estrogen.

19. Berries (black berries, blackcurrant, mulberry)
Berries mengandungi bahan anti-oksidan dan juga flavonoids yang banyak faedahnya terhadap kesihatan  tubuh badan wanita.  Di samping itu juga ia bertindak sebagai anti-Estrogen

Ambillah langkah-langkah untuk mengimbangkan hormone serta mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita agar penyakit-penyakit  seperti fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara dapat dikawal di samping mengambil langkah- langkah lain untuk mengawal penyakit-penyakit tersebut.

Kredit kepada penulis asal (tidak dapat dikesan)
Mohon maklum jika tahu


Kandungan dalam asmak queen membantu mengawal keseimbangan hormon wanita. Ingin cuba asmak queen?
Hubungi: 0135819100 (cikgu basariah)